• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Program PerantiSiswa: Sudah masuk bulan Julai 2022, apa perkembangan terbarunya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:57 am
  • 01/07/2022
  • Komen
Program PerantiSiswa: Sudah masuk bulan Julai 2022, apa perkembangan terbarunya?
Share on FacebookShare on Twitter

Kali terakhir akaun Twitter Annuar Musa mengutuskan maklumat tentang program PerantiSiswa adalah pada 23 April 2022. Dalam cicipan tersebut, dia memaklumkan yang setakat hari ke-7 pembukaan pendaftaran, sudah lebih 72 ribu pemohon sudah mendaftarkan diri untuk menerima. Itu pada 22 April 2022.

Baru seminggu permohonan PerantiSiswa dibuka sudah lebih 70,000 permohonan diterima.Permohonan akan segera diproses. Insyaallah pic.twitter.com/yb7wx0qEZe

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) April 23, 2022

Kini sudah 69 hari berlalu, entah berapa ramai yang masih menanti. Hal ini kerana, program tersebut pada penghujung Mei lalu, seperti yang dilaporkan Kementerian Komunikasi & Multimedia menghadapi masalah tender. Kementerian Kewangan telah membatalkan tender pembekal asal PerantiSiswa tapi tidak pula berkongsikan kepada umum kenapa.



Kemudian Annuar Musa menyatakan yang dia berharap pembekal baharu boleh dilantik pada pertengahan Jun 2022.

Itu bukanlah satu-satunya isu yang dihadapi. Sebenar, sejak awal pengumumannya lagi, program itu sudah dibelengu masalah. Sewaktu diumumkan oleh Senator Tengku Zafrul dalam sesi pembentangan Bajet 2022, kerajaan memperuntukkan RM450 juta untuk membeli tablet kepada 600,000 mahasiswa dalam golongan B40 yang belajar di IPT.



5 bulan kemudian, berdasarkan Tweet yang diterbitkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, bilangan individu yang akan menerima seperti diturunkan. PerantiSiswa kini dilaporkan memanfaatkan 400,000 pula ataupun sebanyak 200,000 penurunan.

Saya umumkan hari ini di Parlimen bahawa permohonan Pakej Peranti Siswa #KeluargaMalaysia akan dibuka April ini dan ia bakal memanfaatkan 400,000 anak muda di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti terutamanya golongan B40. pic.twitter.com/Pi0r2DX8qm

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 17, 2022

Kemudian, setelah pemanfaat diturunkan, muncul pula berita tentang ia bukanlah pemberian, sebaliknya tablet itu dipinjamkan kepada penerima.

Jika anda tanya apa perkembangan terbaru program PerantiSiswa, jawapannnya adalah “Tiada” sejak 27 Mei 2022.

Tags: bajet 2022belanjawan 2022kmmkommmenkommperanti siswaperantisiswa
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Program PerantiSiswa: Sudah masuk bulan Julai 2022, apa perkembangan terbarunya?

Program PerantiSiswa: Sudah masuk bulan Julai 2022, apa perkembangan terbarunya?

1 July 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN