Antara berita yang diketengahkan ialah Samsung didenda sebab iklan kalis air yang mengelirukan, pekerja yang sesuai mohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF), maksud Logo Hari Kebangsaan ke-65 dan banyak lagi berita lain yang dikongsikan.
1. Samsung didenda RM42 juta kerana iklan kalis air mengelirukan di Australia
Di Australia, Mahkamah Persekutuan telah arahkan Samsung untuk bayar AUD14 juta (~RM42.6 juta) kerana kempen pemasaran yang mengelirukan. Iklan tersebut menunjukkan telefon pintar Samsung yang kalis air, boleh digunakan di dalam kolam dan di pantai. Tapi, laman web Samsung nasihatkan pengguna tidak menggunakannya di tempat sama.
Berita penuh di sini.
2. BigPay kembali benarkan tambah nilai kad kredit hingga RM10 ribu, dengan caj sangat kecil
Kini BigPay umumkan mereka kembali membenarkan tambah nilai kad kredit, sehingga RM10,000 sebulan. Menurut BigPay, tambah nilai melalui kad kredit sebanyak RM1,000 sebulan masih diberi percuma. Tetapi akan ada caj 1% dikenakan bagi tambah nilai kad kredit melebihi RM1,000.
Berita lanjut di sini.
3. Aturan Kerja Fleksibel (AKF) berkuat kuasa 1 September, siapa yang sesuai memohon?
Pekerja di Malaysia yang ingin bekerja secara fleksibel dibenarkan memohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing pada 1 September nanti. Menurut Presiden Persatuan PKS Malaysia, Ding Hong Sing, bagi kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang bergantung kepada pengeluaran barang, AKF bukanlah langkah praktikal. Pekerjaan fleksibel hanya sesuai untuk industri tertentu seperti IT dan pemasaran.
Berita penuh di sini.
4. Garmin Forerunner 955 & Forerunner 255: Maklumat penjualannya di Malaysia
Garmin Malaysia lancarkan jam kecergasan terbaru mereka, Forerunner 955 dan Forerunner 255. Ini juga adalah model pertama dalam keluarga Forerunner yang dilengkapi panel solar.
Maklumat lanjut di sini.
5. Harga permulaan Predator Helios 300 (2022) RM1,000 lebih murah berbanding generasi terdahulu
Buat yang mahukan prestasi terbaik dalam pakej laptop konvensional, Acer Predator Helios adalah jawapannya. Sebanyak 4 varian Helios 300 ditawarkan kali ini. Harga permulaan Helios 300 kali ini RM1,000 lebih murah berbanding penawaran generasi terdahulu.
Harga dan spesifikasi di sini.
6. Logo Hari Kebangsaan ke-65 bertemakan Wi-Fi?
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa telah lancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan 2022. Untuk sambutan yang ke-65, Malaysia pilih tema “Teguh Bersama” dan logo yang dipilih kelihatan seperti diolah daripada simbol Wi-Fi.
Berita penuh di sini.
7. SKMM benarkan Celcom dan Digi bergabung, hanya jika tiada isu persaingan
Usaha gabungkan Celcom dan Digi telah diumumkan secara rasmi pada bulan April 2021. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) baru-baru ini menyatakan kebenaran dan tiada bantahan untuk penggabungan dua syarikat telco ini. Tapi dengan syarat yang ketat.
Baca lagi di sini.