• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nikon undur diri daripada gelanggan SLR, tumpuan sepenuhnya kini pada siri Z?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:05 pm
  • 13/07/2022
  • Komen
Nikon undur diri daripada gelanggan SLR, tumpuan sepenuhnya kini pada siri Z?
Share on FacebookShare on Twitter

Nikon dilaporkan dalam proses menarik diri daripada arena kamera SLR. Seperti semua pengeluar SLR, produk kamera jenis ini menerima tentangan hebat daripada kamera telefon pintar yang semakin canggih dan mampu hasilkan imej berkualiti tinggi, ada yang katanya menyamai SLR.

Perkara ini memang sudah dijangka. Kali terakhir Nikon mengumumkan sebuah kamera SLR adalah dalam tahun 2020 iaitu Nikon D6. Sejak itu, tiada lagi kemas kini barisan SLR mereka. Bukan setakat SLR, kategori Point-and-Shoot Coolpix sudah lama tiada pembaharuan.



Nikon D6

Apabila lebih banyak sumber disenggangkan oleh Nikon, bolehlah mereka fokuskan sumber itu kepada siri mirrorless mereka iaitu siri Z. Siri itu diperkenalkan dalam tahun 2018 dan sekarang, ia sudahpun ada 9 model yang merangkumi kamera dalam kategori Full Frame (FX) dan APS-C (DX).

Nikon Z30 adalah entri terbaharu untuk pasaran Malaysia. Ia adalah Nikon Z paling mampu milik iaitu pada harga bawah RM4,000. Ia baru saja dilancarkan dalam bulan June 2022 lalu.



Nikon Z30

Canon terlebih dahulu mengorak langkah berundur daripada arena SLR dalam tahun 2021 dan tumpuan sepenuhnya diberikan kepada EOS R, siri mirrorless mereka.

Sumber: NikkeiAsia

Tags: Nikonnikon slr
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nikon undur diri daripada gelanggan SLR, tumpuan sepenuhnya kini pada siri Z?

Nikon undur diri daripada gelanggan SLR, tumpuan sepenuhnya kini pada siri Z?

13 July 2022
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN