Asus telah mula menghantar jemputan untuk menghadiri majlis pelancaran siri Zenfone 9 mereka. Peristiwa tersebut akan berlangsung pada 28 Julai 2022 ini di Taipei pada jam 09:00pm. Taipei berada dalam zon masa yang sama dengan Kuala Lumpur, jadi anda bolehlah menontonnya tanpa bersengkang mata.
We can’t wait to share this exciting news with you – we’ll be live on July 28 at 9.00 p.m. (UTC+8) to reveal the most grabbable Zenfone 9 ever!
— ASUS (@ASUS) July 13, 2022
Save the date 👉 https://t.co/E7CuOIAvoE
Seperti yang kami laporkan tempoh hari, Asus masih lagi setia menghasilkan telefon dalam kategori kompak sedang telefon lain berpusu-pusu menghampiri saiz skrin 7”. Daripada materi pengiklanan yang terbocor, Zenfone 9 didapati memperagakan panel paparan sebesar 5.9”.
Untuk perbandingan, iPhone 13 mini ada paparan 5.4” dan ia berkemungkinan besar adalah iPhone mini terakhir untuk keluarga mainstream. Lepas ini, kalau anda nak iPhone yang kecil, anda terpaksa berpaling pada iPhone SE yang biasanya ada spesifikasi lebih rendah.
Berbalik kepada Asus Zenfone 9. Antara maklumat yang kita ada setakat ini adalah ia ada panel AMOLED 120Hz dan lubang di bahagian dahi untuk menempatkan kamera selfie. Saya sukakan ketebalan bingkai yang sama rata di kesemua sisi kerana ia sedap dipandang berbanding telefon yang ada bingkai supernipis di tiga sisi kecuali bahagian dagu. Atas papan utama, ia diperkasa Snapdragon 8 Gen 1.
Sekiranya anda perlukan jek audio untuk aksesori tambahan, daripada video yang dikongsikan, ia memang ada jek audio dan mungkin satu-satunya flagship yang hadir dengan ciri ini. Bukan itu saja, ia juga kalis air pada paras IP68.
Ada dua aksesori menarik yang boleh dipadankan bersama telefon ini. Aksesori pertama adalah pemegang telefon yang boleh ditambat pada tali beg untuk memegang telefon sewaktu emrakam pandangan POV dan satu lagi casing yang juga ada kaki penyangga.