• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pulangan tunai RM5 bila anda bertransaksi guna TnG eWallet di Pasar Tani Kekal Changlun

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:54 pm
  • 18/07/2022
  • Komen
Pulangan tunai RM5 bila anda bertransaksi guna TnG eWallet di Pasar Tani Kekal Changlun
Share on FacebookShare on Twitter

Pengendali Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) kini sedang memperluas cakupan perkhidmatan mereka. Melalui kempen terbaharu “Mai Kita Cashless” yang dianjurkan mereka, pengguna ewallet itu boleh menikmati manfaat menarik bila mereka bertransaksi di Pasar Tani Kekal Changlun, Kedah.

Sehingga 31 Ogos 2022, pengguna yang melakukan pebayaran menggunakan TnG eWallet di sana melalui imbasan DuitNow QR akan menerima pulangan tunai RM5 ke atas setiap transaksi, dengan jumlah minimum resit RM10.



Peniaga turut akan menikmati faedah boleh mereka sediakan kemudahan pembayaran berasaskan DuitNow QR. Peniaga akan terima RM20 ganjaran selepas 10 transaksi DuitNow QR dilakukan.

Mai Kita Cashless adalah salah satu inisiatif pengendali TNG eWallet untuk memeriahkan ekosistem pembayaran tanpa tunai melalui penyertaan lebih ramai penjual dan pengguna di komuniti luar bandar besar. Changlun adalah pekan kecil yang terletak kira-kira 42km dari Alor Setar.



Tumpuan telah diberikan kepada tiga kampung utama dalam Changlun iaitu Kampung Baru Changloon, Kampung Paya Nongmi, dan Kampung Tradisi Lembah Keriang.

Bacaan berkaitan

TNG eWallet GoInvest sedia pulangan lebih tinggi daripada Go+ dan ia selesaikan isu Enhanced TNG saya

Tags: duitnowDuitNow QRqr paytngtng ewallet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pulangan tunai RM5 bila anda bertransaksi guna TnG eWallet di Pasar Tani Kekal Changlun

Pulangan tunai RM5 bila anda bertransaksi guna TnG eWallet di Pasar Tani Kekal Changlun

18 July 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN