• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix kenakan bayaran untuk akaun amalkan perkongsian kata laluan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:54 am
  • 19/07/2022
  • Komen
Netflix bagi semua tonton percuma: To All The Boys I’ve Loved Before, tanpa perlu mendaftar
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam bulan April 2022, Netflix mengumumkan yang buat pertama kali dalam sejarahnya, mereka mencatatkan kehilangan pelanggan walaupun perolehan dijangka melebihi USD8 billion untuk Suku 2 2022.

Netflix unjurkan kehilangan 2 juta pelanggan, pakej lebih murah dengan iklan sedang dipertimbang



Mereka menyimpulkan yang amalan berkongsi akaun telah menjadi faktor utama mereka tidak mendapat pelanggan baharu, malah kehilangan pula.

Mungkin bertitik-tolak daripada itu, Netflix kini sedang menguji beberapa solusi untuk memacu pertumbuhan pelanggan baharu. Contohnya dalam pasaran Latin Amerika, Netflix mula mengenakan bayaran kepada akaun yang didapati dilog masuk di lokasi di luar alamat pendaftaran akaun.



Harga yang dikenakan adalah sekitar USD2.99 (bergantung kepada lokasi).

Netflix cuba untuk mengorek keuntungan daripada perkongsian akaun bukanlah perkara baru. Kami pernah laporkan dalam bulan Mac 2022 lalu yang di negara seperti Chile, Costa Rica, dan Peru, pengguna di sana boleh menambah ahli dalam akaun sedia ada dengan bayaran tertentu.

Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

Buat masa ini, pelan termurah Netflix di Malaysia ialah pelan Mudah Alih RM17/bulan. Ia hanya boleh ditonton di peranti dengan resolusi HD 480p sahaja. Pelan paling mahal adalah pelan Premium RM55/bulan, menyediakan tontonan serentak sehingga 4 peranti berbeza dan resolusi sehingga Ultra HD 4K.

Jika ada pelan dengan iklan kelak, kita mungkin boleh melihat pelan Netflix lebih murah dari RM17, atau pelan Premium dengan harga di bawah RM55. Adakah anda sanggup melihat sedikit iklan pada harga lebih murah dari sekarang?

Sumber: 9to5Mac

Tags: Netflixpenstriman
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Netflix bagi semua tonton percuma: To All The Boys I’ve Loved Before, tanpa perlu mendaftar

Netflix kenakan bayaran untuk akaun amalkan perkongsian kata laluan

19 July 2022
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

Astro perkenal pakej penstriman baharu Disney+, Prime Video & Viu dari RM15/bulan

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

Steam Machine kini rasmi: Konsol PC Valve harga lebih mahal daripada PS5 Pro

23 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN