• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Huawei Berebut Tarikh Dengan Apple Untuk Jual Mate 10 Pro

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:44 pm
  • 08/11/2017
  • Komen
Huawei Berebut Tarikh Dengan Apple Untuk Jual Mate 10 Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Apple telah mengumumkan yang mereka akan mula menjual iPhone X pada 24 November ini. Mungkin merujuk pada tukang Tajul Muluk yang sama, Huawei turut akan mula menjual Huawei Mate 10 Pro pada hari yang sama.

Huawei Mate 10 Pro dijual pada harga RM3,099. Sebagai perbandingan Samsung Galaxy S8+ dijual pada harga RM3,699, OnePlus 5 pada RM2,599, dan HTC U11 pada RM2,799.



Huawei Mate 10 Pro dilancarkan pertengahan bulan lepas di Munich, Jerman. Ia menampilkan paparan FullView Display sebesar 6″ dengan nisbah 18:9. Kali ini, mereka mengetengahkan cip pemproses berteraskan AI yang terpateri pada papan utama Mate 10 Pro. Pada pemproses Kirin 970 terapat satu pemproses khas yang dipanggil Neural Processing Unit (NPU) yang akan mengedalikan semua tugasan berkaitan AI.

Selain menggunakan cip 10nm hasilan sendiri, ia juga diberikan RAM sebesar 4GB dan storan 64GB. Bateri pada Mate 10 Pro adalah antara yang terbesar dalam kelasnya iaitu 4,000mAh. Bukan sahaja besar, ia juga memiliki teknologi pengecasan pantas.



Jika anda berminat untuk mendapatkan sebuah, tempahan Mate 10 Pro akan dibuka antara 16-19 November ini. Semua tempahan awal akan menerima hadiah bernilai RM999. Untuk alternatif, Mate 10 yang ada paparan 16:9 sebesar  5.9″ sudah mula dijual pada harga lebih murah iaitu RM2,699.

Tags: androidharga huawei mate 10 proHuaweiHuawei Malaysiahuawei mate 10 pro malaysialeicapelancaran huawei mate 10 malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei Berebut Tarikh Dengan Apple Untuk Jual Mate 10 Pro

Huawei Berebut Tarikh Dengan Apple Untuk Jual Mate 10 Pro

8 November 2017
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

Proton X90 2026 dilancar dengan enjin turbo i-GT 4 silinder, dari RM99,800

11 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN