Kalau anda menggunakan lebuh raya kendalian PLUS di Lembah Klang, anda mungkin akan perasan yang ada lebih daripada satu lorong RFID kini tersedia untuk digunakan.
Dua tempat yang kami sempat ambil gambar adalah di Plaza Tol Subang dan Plaza Tol Shah Alam. Kedua-dua lorong RFID tambahan ini akan anda temui ketika anda ingin keluar daripada NKVE. Namun, untuk hala masuk, PLUS masih mengekalkan 1 lorong RFID di pintu masuk NKVE.
Kami juga perasan yang lorong RFID disekalikan bersama lorong Touch ‘n Go. Ia adalah sesuatu yang pelik kerana lorong TnG adalah lorong yang perlukan kenderaan berhenti untuk proses menyentuh kad di pembaca.
Sekiranya anda pengguna RFID menggunakan lorong hibrid ini, sudah tentu mereka perlu berhenti untuk beri masa kepada kenderaan depan melakukan pembayaran. Bukankah lebih baik lorong RFID dihibridkan bersama SmartTAG?
Daripada tinjauan di sosial media, kami juga dapati ada lorong tambahan di hala keluar untuk tol-tol Sungai Besi, Rawang Selatan, Jalan Duta, dan Bertam. Diharapkan lorong tambahan ini mampu untuk merungkaikan kesesakan ketika waktu puncak.
Kementerian Kerja Raya satu ketika dulu ada mengumumkan yang kaedah pembayaran tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan ditamatkan sebelum 2023 berakhir.
Bacaan berkaitan
Jangan gelabah untuk dapatkan kad Enhanced TNG, ia bukanlah berguna seperti yang disangka
SmartTAG dan kad Touch ‘n Go di plaza tol akan dimansuhkan secara berperingkat