• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Swift 5 dengan Intel Core Gen-12 tiba di Malaysia, harga bermula RM4,699

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:13 pm
  • 03/08/2022
  • Komen
Acer Swift 5 dengan Intel Core Gen-12 tiba di Malaysia, harga bermula RM4,699
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda masih ingat sekitar Februari lalu kami ada laporkan tentang pelancaran global Acer Swift 3 dan Swift 5 yang diperkasa Intel Core Gen-12, salah satunya kini sudahpun masuki Malaysia. Swift 5 boleh anda dapatkan pada harga bermula RM4,699.

Harga Acer Swift 5 di Malaysia

Sebanyak 3 varian Acer Swift 5 ditawarkan di Malaysia. Varian paling rendah ada tanda harga RM4,699 dan ia diperkasa Intel Core i5-1240P, RAM 8GB LPDDR4X, dan storan NVMe SSD seluas 512GB. Paparannya adalah daripada jenis IPS sebesar 14” pada resolusi FHD.



Varian yang berada di tengah adalah berharrga RM5,999. Anda beroleh cip Intel Core i7-1260P, RAM lebih besar 16GB, dan storan lebih besar iaitu 1TB. Paparan masih masih seperti varian terurah.

Varian paling berpesifikasi tinggi dijual pada harga RM6,599. Ia ada semua yang varian pertengahan tadi ada kecuali panel paparannya beresolusi QHD (2560 x 1600). Selain daripada perbezaan CPU, RAM, storan, dan paparan, kesemua varian berkongsi ciri sepunya.



Sekiranya anda berminat untuk dapatkannya sebuah, anda boleh pergi ke kedai dalam talian Acer di Lazada ataupun Shopee.

Spesifikasi Acer Swift 5

Acer Swift 5 adalah laptop yang menerima penawaran Intel Evo dan diperkasa cip terbaharu ini. Namun, mereka tidak memperincikan cip yang manakah bakal memperkasakan laptop ini. Berkemungkinan besar aka nada laptop dengan Intel Core Gen-12 siri P yang ada paras TDP 28W ataupun siri U yang ada paras TDP 15W.

Bergandingan dengna cip tersebut adalah RAM sehingga 16GB LPDDR5 bersama-sama dengan storan SSD seluas sehingga 2TB.

Acer menyertakan teknologi penyejuk TwinAir yang mengandungi dua unit kipas, paip penyejuk, dan lubang udara. Semua perkakasan itu dipadatkan dalam badan seberat 1.2kg dan setebal 14.95mm sahaja.

Di bahagian muka, laptop ini dilengkapi panel paparan 14” pada resolusi (2560×1600). Paparan ini peka sentuhan dan disebabkan ia menggunaka nisbah paparan 16:10, anda beroleh ruang kerja yang luas. Selapisan kaca Corning Gorilla sebagai pelindung keselamatan.

Satu perkara yang menarik tentang laptop ini adalah pada bahagian touchpad. Acer memaklumkan yang bahagian pad sesentuh diperbuat daripada sampah plastik yang hanyut dari laut. Lain-lain spesifikasi yang ditampilkan laptop ini adalah seperti webcam pada resolusi FHD dan ada teknologi proprietari Temporal Noise Reduction daripada Acer.

Acer mendakwa laptop ini mampu berkhidmat sekitar 10 jam dengan satu bateri penuh. Pengecasan selama 30 minit memberikan sekitar 4 jam waktu guna.

Tags: Aceracer swiftAcer Swift 5Intelkomputerlaptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
Acer Swift 5 dengan Intel Core Gen-12 tiba di Malaysia, harga bermula RM4,699

Acer Swift 5 dengan Intel Core Gen-12 tiba di Malaysia, harga bermula RM4,699

3 August 2022
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER