• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

  • OLEH Najib
  • 12:11 pm
  • 08/08/2022
  • Komen
5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan bajet RM2,000, anda boleh dapatkan telefon pintar kelas flagship, serta beberapa ciri-ciri premium. Tetapi tak semua fungsi flagship anda boleh dapatkan dalam bajet ini. Ada yang terkurang sini, ada yang terlebih sana.

Sebab itu anda boleh semak senarai yang saya sediakan ini kerana ia akan memudahkan anda untuk memilih, peranti manakah paling sesuai untuk kegunaan anda. Tengok ciri-ciri apa paling anda perlukan, baru senang pilih telefon mana yang terbaik.



Tetapi dalam senarai ini, saya naikkan sikit bajet ke RM2,100 sebab bawah RM2,000 pilihan kurang menarik. Bila naik RM100, kita dapat lebih banyak model yang bagus.

Apakah 5 telefon terbaik bawah RM2,100 ini? Tonton video penerangan saya di bawah ini.



Selain itu, boleh semak senarai 5 terbaik bawah RM600 dan bawah RM1,200 di sini:

  • 5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia tahun 2022
  • 5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2022

1. Poco F4 GT [8+128GB] – (Shopee, Lazada)

Ini adalah telefon dengan prestasi terbaik boleh anda dapatkan, serta pilihan terbaik untuk kaki gaming dalam bajet ini. Kerana ia ada kuasa tertinggi Snapdragon 8 Gen 1, skrin amoled 120Hz, butang bahu fizikal dan 4 speaker stereo. Pengecas pun pantas 120W.

Harga rasminya adalah RM2,299 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Tetapi anda boleh mendapatkannya lebih murah pada waktu promosi seperti tarikh berganda macam 8.8 dan 9.9, atau jualan hari gaji setiap 25hb. Poco pasti kurangkan harganya di bawah RM2,100.

Promosi 8.8 di Shopee

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/tag/poco-f4-gt/

2. Realme GT Neo 3 [8+256GB] – (Shopee, Lazada)

Realme GT Neo 3 mengunakan cip Mediatek terbaru, Dimensity 8100 berkuasa tinggi dan kamera utamanya 50MP Sony IMX766 ada OIS. Ia ada skrin AMOLED 120Hz, speaker stereo, bateri 5,000mAh dan pengecas 80W. Macam biasa, ini alternatif terbaik untuk yang tak gemar MIUI seperti di telefon Xiaomi dan Poco.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/2022/06/15/realme-gt-neo-3-buds-air-3-blue-buds-q2s-harga-malaysia/

3. Xiaomi 11T Pro [8+256GB] – (Shopee, Lazada)

Xiaomi 11T Pro kekal menjadi pilihan sejak hampir setahun dulu. Harga pun dah turun, hanya RM1,999 dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Selain kuasa Snapdragon 888 dan skrin AMOLED 120Hz, ia ada bateri besar 5,000mAh dan pengecas 120W. Paling penting, Xiaomi janjikan 4 tahun kemaskini keselamatan dan 3 tahun kemaskini Android. Dilancarkan 2021, maka ia boleh dapat kemaskini keselamatan sehingga 2025.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/tag/xiaomi-11t-pro

4. Samsung Galaxy A73 [8+256GB] – (Shopee, Lazada)

Telefon Samsung Galaxy A73 ni ada kuasa kelas pertengahan, dengan cip Snapdragon 778G yang agak lama. Kelebihannya adalah pada skrin Super AMOLED+ 120Hz yang lebih cerah dan paling utama, kalis air IP67. Kamera pula 108MP dan ada OIS. Lagi bagus, Samsung janjikan 5 tahun kemaskini keselamatan dan 4 tahun kemaskini Android.

Jika anda tak perlu kuasa tertinggi tetapi mahu ciri premium seperti skrin cantik, kalis air, kamera bagus dan kemaskini perisian yang lama, ini adalah pilihan terbaik untuk anda.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/tag/samsung-galaxy-a73

5. OnePlus Nord 2T [12+256GB] – (Shopee, Lazada)

Ini juga satu lagi telefon kelas pertengahan dengan kuasa Dimensity 1300. Skrin AMOLED cuma 90Hz, bateri 4500mAh dan pengecas 80W. OnePlus juga janjikan dua kali kemaskini Android dan tiga tahun kemaskini keselamatan. Telefon ini menarik jika anda mahu RAM besar dan guna OxygenOS yang lebih pantas dan lancar dari OS lain.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/tag/oneplus-nord-2t/

Tags: 5 terbaik
Najib

Najib

POPULAR

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

8 August 2022
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER