• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2022

  • OLEH Najib
  • 3:51 pm
  • 26/07/2022
  • Komen
5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai yang tercari-cari telefon pintar apa yang terbaik di bawah RM1,200. Jangan risau, anda boleh semak senarai yang saya dah buat ni. Jadi anda tak perlu susah payah lagi mencari.

Selain itu, anda juga boleh semak senarai telefon terbaik bawah RM600 dan bawah RM2,000 di sini:



  • 5 telefon terbaik bawah RM600 di Malaysia tahun 2022
  • 5 telefon terbaik bawah RM2,000 di Malaysia tahun 2022

1. Redmi Note 11 Pro 5G [6+128] (Shopee, Lazada)

Redmi Note 11 Pro 5G pilihan pertama bawah RM1,200 sebab banyak kelebihan. Paling utama, hanya ia yang ada skrin AMOLED 120Hz dalam senarai ni. Selain tu, terdapat juga speaker stereo, kamera 108MP dan pengecasan pantas 67W. Kalau nak lagi murah, boleh juga dapatkan Redmi Note 11 bukan Pro dan bukan 5G, berharga RM749. Masih agak baik sebab ada skrin AMOLED 90Hz, speaker stereo dan pengecas 33W.



Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/2022/02/10/siri-redmi-note-11-maklumat-penjualannya-di-malaysia/

2. Realme 9 Pro 5G [8+128] (Shopee, Lazada)

Realme 9 Pro 5G pula ada kuasa Snapdragon 695 5G, tapi skrinnya LCD 120Hz. Kalau anda tak gemarkan antaramuka MIUI atau peminat tegar Realme, memang ini pilihan yang lebih baik.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/2022/03/02/realme-9-pro-plus-pesaing-redmi-note-11-malaysia/

3. Poco X4 Pro 5G [6+128] (Shopee, Lazada)

Poco X4 Pro 5G pula, tak jauh beza dengan Redmi Note 11 Pro 5G tadi. Ia ada skrin AMOLED 120hz, speaker stereo, kamera 108MP dan pengecas 67W. Apa yang lain? Reka bentuk memang berbeza dan ada logo Poco besar di belakangnya. Anda boleh dapatkan Poco kalau suka rekaannya berbanding Redmi.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/2022/02/28/poco-x4-pro-5g-maklumat-penjualannya-di-malaysia/

4. Honor X9 4G [8+128] (Shopee, Lazada)

Honor X9 ni pilihan lebih murah dan tiada 5G. Tapi ia boleh guna semua aplikasi Google tau. Menariknya, ia ada skrin paling besar, 6.81-inci tapi jenis LCD 90Hz. Pengecas juga pantas, 66W.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/2022/03/29/honor-9x-5g-honor-x8-honor-x7-maklumat-penjualannya-di-malaysia/

5. Samsung Galaxy A23 [6+128] (Shopee, Lazada)

Saya memang selalu storkan Samsung untuk pengguna biasa disebabkan ekosistem Samsung yang sangat bagus. Antaranya jaminan kemaskini yang panjang dan kemudahan kaunter khidmat pelanggan yang banyak di Malaysia. Bagi Galaxy A23 ni, ia tiada 5G dan menggunakan skrin LCD 90Hz. Tapi kelebihannya, kamera utama 50MP padanya ada OIS.

Bacaan lanjut: https://bm.soyacincau.com/2022/03/31/samsung-galaxy-a13-galaxy-a23-harga-malaysia-bawah-rm1000/

Tags: 5 terbaik
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2022

5 telefon terbaik bawah RM1,200 di Malaysia tahun 2022

26 July 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN