• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 9 Pro+ & Realme 9 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:22 pm
  • 02/03/2022
  • Komen
Realme 9 Pro+ & Realme 9 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme mengumumkan dua ahli terbaharu siri Realme 9 mereka iaitu Realme 9 Pro + 5G dan Realme 9 Pro 5G. Daripada spesifikasi dan harga, ini bakal menjadi pesaing kelas pertengahan yang kuat terutama pada siri Redmi Note 11.

Berikut adalah harga jualan kesemua varian telefon ini di dalam pasaran Malaysia.



Realme 9 Pro+ 5G

  • RAM 8GB + storan 256GB – RM1,599
  • RAM 8GB + storan 128GB – RM1,399

Varian 8+256 ada harga promo RM1,399 bila anda dapatkannya melalui Lazada pada 8 Mac 2022. Untuk varian 8+128, tiada pula harga promo diberikan dan hari pertama jualannya adalah pada 31 Mac 2022.



Realme Pro 5G

  • RAM 8GB + storan 128GB – RM1,199
  • RAM 6GB + storan 128GB – RM1,099

Varian 6+128 ada harga promo iaitu RM949 bila anda beli di hari pertama jualannya iaitu pada 15 Mac 2022 melalui Lazada. Kemudian varian 8+128 juga ada harga promo RM1,099 bila anda dapatkannya melalui Lazada pada 8 Mac 2022.

Realme

Spesifikasi Realme 9 Pro+ 5G

Realme 9 Pro+ 5G adalah model paling berkuasa antara dua telefon yang diumumkan kali ini.

Atas papan utama, ia diperkasa MediaTek Dimensity 920 5G. Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel paparan 6.4” AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Pengimbas cap jari untuk pengenalan biometrik adalah yang jenis disebalik paparan disamping ciri face unlock yang boleh digunakan untuk membuka telefon.

Realme ingin mengetengahkan kemasan belakang light shift design. Permukaan berkilat itu memantulkan cahaya dalam corak yang unik. Walaupun coraknya unik, ciri ini tidaklah unik kerana sudah banyak telefon termasuklah daripada Realme sebelum ini menggunakan kemasan sebegini, cumanya Namanya berbeza.

Menguasakan telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas SuperDart 60W. Jangkakan kelajuan pengecasan kurang daripada 1 jam untuk mengisi penuh tangki bateri ini.

Berpindah ke jabatan pengimejan, Realme Pro+ 5G ada tiga kamera belakang. Kamera utamanya menggunakan sensor IMX766 50MP. Ia sensor yang sama boleh anda temui pada Oppo Find X3 Pro. Dua baki kameranya yang lain adalah kamera 8MP ultralebar dan kamera 2MP makro.

Selfie di Realme 9 Pro+ diambil dengan kamera 16MP. Antara yang menarik dalam siri kali ini adalah ia ada speaker stereo dan juga jek 3.5mm, sama seperti siri Redmi Note 11.

Spesifikasi Realme 9 Pro 5G

Realme 9 Pro 5G miliki spesifiki lebih mirip kepada Redmi Note 11 Pro 5G. Kedua-dua mereka memperagakan cip Snapdragon 695 5G. Realme 9 Pro+ ada kelebihan pada kamera, kelebihan Realme 9 Pro adalah pada paparannya.

Telefon ini adalah paparan 120Hz dengan sebesar 6.6” dengan resolusi FHD+. Panel paparannya mungkin daripada LCD kerana ia hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

Kamera 64MP boleh ditemukan pada telefon ini. Sensor 64MP seakan ruji pada banyak telefon Realme tahun-tahun sudah bersama-sama kamera 8MP utlralebar dan 2MP makro. Kamera selfie pula adalah yang dilengkapi sensor 16MP.

Bateri dengan kapasiti 5,000mAh disediakan dan untuk mengisinya, Realme memberikan teknologi pengecasan pantas DartCharge 33W.

Realme 9 Pro juga menggunakan kemasa belakang light shift design. Saya kurang gemar dengan kemasan sebegini kerana, walaupun ia cantik untuk dilihat di atas skrin komputer, ia tetap mudah kotor dan untuk kegunaan harian, kemasan tersebut tak praktikal.

Tags: Realmerealme 9 pro 5grealme 9 pro plus 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Realme 9 Pro+ & Realme 9 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme 9 Pro+ & Realme 9 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia

2 March 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN