• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Redmi Note 11: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:59 pm
  • 10/02/2022
  • Komen
Siri Redmi Note 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Redmi ingin memperkuat cengkaman mereka dalam segmen telefon kelas pertengahan dengan pengumuman 4 varian Redmi Note 11 sekaligus. Makanya, tak kiralah berapa bajet pengguna, akan ada Redmi Note 11 yang boleh dipertimbangkan. Spesifikasi dalam kalangan varian juga agak pelbagai.

Harga siri Redmi Note 11 di Malaysia

Sebelum pergi ke bahagian spesifikasi, berikut adalah harga jualan siri Redmi Note 11 di Malaysia:



  1. Redmi Note 11 Pro 5G (RAM 8GB, storan 128GB) – RM1,299 Lazada | Shopee
  2. Redmi Note 11 Pro 5G (RAM 6GB, storan 128GB) – RM1,199 Lazada | Shopee
  3. Redmi Note 11 Pro (RAM 8GB, storan 128GB) – RM 1,099 Lazada | Shopee
  4. Redmi Note 11 Pro (RAM 6GB, storan 128GB) – RM 999 Lazada | Shopee
  5. Redmi Note 11s (RAM 8GB, storan 128GB) – RM999 Lazada | Shopee
  6. Redmi Note 11s (RAM 6GB, storan 128GB) – RM899 Lazada | Shopee
  7. Redmi Note 11 (RAM 6GB, storan 128GB) – RM799 Lazada | Shopee
  8. Redmi Note 11 (RAM 4GB, storan 128GB) – RM749 Lazada | Shopee

Kali ini, mereka tawarkan kepada peminat sebanyak 8 paras harga, bermula daripada RM799 hingga RM1,299. Ia masih mengekalkan harga permulaan Redmi Note 10 dulu tapi varian paling mahal kini melonjak kepada RM1,299 lantas jadikan generasi kali ini adalah yang termahal dalam siri Redmi Note.

Ada pelbagai promo menarik berlangsung sempena penjualan telefon ini. Anda boleh dapatkan telefon ini pada harga lebih murah dalam waktu terhad. Contohya Redmi Note 11 yang paling asas, anda boleh dapatkan pada harga RM699 ataupun diskaun sebanyak RM50 menakala potongan RM100 boleh dinikmati bila anda beli Redmi Note 11 Pro 5G.



Spesifikasi Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro

Seperti namanya, kedua-dua varian ini dibezakan dengan salah satunya menawarkan sambungan 5G kepada anda.

Walaupun berbeza, kedua-dua telefon ini miliki fizikaliti yang sama iaitu mereka berkongsi panel paparan 6.67” FHD+ 120Hz dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W.

Sambungan 5G kepada Note 11 Pro 5G diberikan oleh cip Snapdragon 695 manakala di Note 11 Pro biasa, sambungan LTE-nya diberikan cip MediaTek Helio G96.

Untuk mengambil gambar, mereka masing-masing ada kamera 108MP 8MP (ultralebar), dan 2MP (makro). Cumanya, varian bukan 5G ada satu kamera tambahan, kamera 2MP (depth) yang saya rasa tak berguna sangat pun. Untuk berselfie, kedua-dua telefon ini diberikan kamera 16MP.

Menariknya dengan siri Redmi Note 11 kali ini, semua varian dilengkapi speaker stereo, jek audio 3.5mm, dan IR Blaster untuk kemudahan penggunanya.

Satu kekurangan Redmi Note 11 Pro 5G dan LTE adalah slot SIM-nya adalah daripada jenis hibrid dan bukannya trislot. Jadi, anda hanya boleh masukkan 1 kad SIM sekiranya anda ingin perluaskan storan menggunakan mikro-SD.

Spesifikasi Redmi Note 11 dan Redmi Note 11S

Kedua-dua telefon ini miliki fizikaliti yang sama tapi bahagian dalam Redmi Note 11S lebih menyerupai Redmi Note 11 Pro. Panel paparan yang sama dikongsikan antara dua varian ini iaitu panel AMOLED 90Hz 6.43” FHD+ begitu juga dengan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Penawaran warna Redmi Note 11S
Penawaran warna Redmi Note 11

Atas papan utama, Redmi Note 11 diperkasa SoC Snapdragon 680, SoC yang sama seperti Realme 9i yang dilancarkan tak lama dulu sementara Redmi Note 11S mengguna pakai MediaTek Helio G96.

Di jabatan pengimejan, kedua-dua varian ada kuadkamera belakang dengan Redmi Note 11 ada kamera utama 50MP manakala Redmi Note 11S ada kamera 108MP. Baki tiga kamera belakang lain masing-masing adalah kamera 8MP (ultralebar), 2MP (makro), dan 2MP (depth). Selfie untuk dua saudara diambil dengan kamera 13MP.

Kalau anda perlukan slot khas untuk letak mikro-SD bersama-sama dengan 2 kad SIM, dua varian terbawah ini adalah pilihan yang anda ada kerana dua varian yang lebih tinggi tidak ada. Antara yang menarik dengan telefon ini adalah seperti speaker stereo, jek 3.5mm, NFC, dan IR Blaster.

Tags: androidRedmiRedmi Note 11redmi note 11 proredmi note 11 pro 5gredmi note 11stelefonxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

HONOR Magic4 Pro: Terbaik dalam julat harganya

28 Jun 2022
Malaysia kekalkan konsep 5G tunggal, akan beri 70% pegangan DNB kepada syarikat telekomunikasi

6 telco akan muktamadkan perjanjian 5G awal Julai, DNB beri diskaun sehingga liputan 80% tercapai

30 Jun 2022
Polis dan KKM tak cukup untuk pantau pematuhan SOP COVID-19, kerajaan akan tubuhkan pasukan baharu

Annuar Musa: Penjualan pegangan DNB kepada 6 telco akan muktamad pada 8 Julai

1 Julai 2022
Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

Cara mudah dan bergaya menjaga kesihatan minda dan jasmani 

24 Jun 2022
[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

[REVIU] Kenapa Jangan Beli POCO F4 GT?

27 Jun 2022
Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

Poco X4 GT: Maklumat penjualannya di Malaysia

23 Jun 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER