• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

China akan dilarang jual telefon murah di India

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:57 pm
  • 09/08/2022
  • Komen
China akan dilarang jual telefon murah di India
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan India kini dilapor sedang mempertimbang saranan untuk mengharamkan jenama telefon daripada China daripada menjual telefon pada harga bawah USD150 (~RM700).

Para pemerhati paparan menyimpulkan yang India sedang mempersiap diri untuk mengangkat semula produk telefon pintar berjenama tempatan seperti Lava dan MicroMax selepas tersungkur teruk dek kebanjiran produk murah daripada China.



Narzo 50A Prime boleh didapatkan dalam harga bawah RM600

Mekanisme tentang bagaimanakah langkah ini akan direalisasikan masih belum muktamad tapi sekiranya ia dikuatkuasakan kelak, jenama seperti Xiaomi dan Realme pastinya menerima tamparan kuat.

Buat masa ini, Xiaomi dan Realme mendominasi pasaran telefon mampu milik pasaran telefon kedua terbesar dunia itu daripada segi kuantiti edaran. Sungguhpun begitu, syarikat-syarikat ini tetap melaporkan kerugian dan ia dilihat sebagai satu persaingan tidak adil oleh kerajaan tempatan.



Redmi 10C boleh didapatkan dalam harga bawah RM600

Setakat Suku 1 2022, menurut Center Point Research, pegangan pasaran telefon pintar di India masih lagi dikuasai jenama China. Xiaomi memegang 23%, diikuti Samsung (20%), Realme (16%), Vivo (15%), Oppo (9%), dan lain-lain (17%).

Apple dan Samsung tidak perlu gusar kerana kedua-dua jenama ini walaupun bukanlah jenama daripada China, mereka tidaklah banyak menawarkan telefon pada julat harga yang ingin dikawal kerajaan India.

Sumber: Bloomberg

Tags: Chinaindiasmartphone
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

China akan dilarang jual telefon murah di India

China akan dilarang jual telefon murah di India

9 August 2022
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN