• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mix Fold 2 dilancarkan, specs lebih baik daripada Z Fold 4 tapi…

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:08 pm
  • 11/08/2022
  • Komen
Mix Fold 2 dilancarkan, specs lebih baik daripada Z Fold 4 tapi…
Share on FacebookShare on Twitter

Tak sampai 24 jam selepas Samsung mengumumkan Galaxy Z Fold 4, Xiaomi turut mengekori daripada belakang dengan pengenalan Mix Fold 2. Lei Jun, pengasas Xiaomi mengatakan yang ini adalah telefon boleh lipat paling nipis di dunia.

Dalam keadaan terbuka, badannya hanya setebal 5.4mm. Inilah dia definisi sehelai telefon. Seperti teasernya, telefon ini cuma setebal port USB-C yang terkandung di dalamnya. Sungguhpun nipis, Xiaomi berjaya menyumbat 4,500mAh kapasiti ke dalam tangki baterinya dan lebih bai kia ada sistem pengecasan pantas 67W.



Di bahagian paparan, paparan utamanya adalah sebesar 8.02” (2160 x 1914) daripada panel jenis LTPO dan berkadar segar semula sehingga 120Hz. Paparan sekundernya juga menyokong 120Hz. Panelnya adalah berjenis AMOLED dengan nisbah paparan 21:9.

Mix Fold 2 adalah telefon kedua yang ada cap Leica pada sistem pengimejannya. Kamera utamanya terdiri daripada sensor IMX766 50MP. Kemudian, ia ada kamera ultralebar 13MP, dan kamera 8MP 2x zum optikal.



Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Snapdragon 8+ Gen 1 dengan kombinasi RAM 12GB dan storan sehingga 1TB. Berikut adalah varian yang ditawarkan beserta harganya:

  • RAM 12GB + storan 256GB – RMB8,999 (RM5,936)
  • RAM 12GB + storan 512GB – RMB9,999 (RM6,596)
  • RAM 12GB + storan 1TB – RMB11,999 (RM7,915)

Pendek kata, telefon ini mengalahkan hampir semua spesifikasi Z Fold 4 kecuali ia tidak kalis air dan tiada teknologi pengecasan wayarles diberikan kepadanya. Soalan paling utama yang ktia takt ahu jawapannya adalah, adakah telefon ini akan menjengah pasaran Malaysia?

Tags: androidtelefonxiaomixiaomi mix fold 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mix Fold 2 dilancarkan, specs lebih baik daripada Z Fold 4 tapi…

Mix Fold 2 dilancarkan, specs lebih baik daripada Z Fold 4 tapi…

11 August 2022
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN