• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Trend hantu mengilai di Tiktok, ganggu emosi kanak-kanak tapi ramai ibu bapa sertainya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:08 pm
  • 16/08/2022
  • Komen
Trend hantu mengilai di Tiktok, ganggu emosi kanak-kanak tapi ramai ibu bapa sertainya
Share on FacebookShare on Twitter

Anda suka guna Tiktok? Jika ya, anda pasti perasan ada satu trend video di sana yang mengetengahkan kandungan prank kanak-kanak. Ia bukan sahaja dilakukan oleh pengguna biasa, malah ada juga artis terkenal yang terlibat dengannya.

@bellaastillah_94

Siang2 pun takut si abang ni. Tengok adik relax jak😝😂

♬ suara kuntilanak – solehudin1294

Anak ditakutkan bersendirian

Video ini biasanya bermula dengan gembira apabila ibu bapa dan anak itu bergambar sekeluarga di dalam bilik, sambil telefon di tempatkan pada jarak yang jauh.



Kemudian ibu bapa lari keluar dari bilik, menutup pintu lalu meninggalkan anak berseorangan dalam keadaan terpinga pinga. Kemudian, ada suara ketawa mengilai yang menyeramkan berkumandang dari telefon sambil aksi anak ini dirakam. Ada juga yang gunakan effect wajah hantu panda skrin telefon. Maka apabila anak ini lihat dirinya pada skrin, dia juga akan lihat hantu itu beserta bunyi yang menakutkan.

Yang menyedihkan adalah, ada dalam kalangan kanak-kanak ini ketakutan sehingga memanjat tombol pintu, ada yang menangis menutup telinga serta muka dan ada juga yang saya lihat cuba lari sehingga jatuh lalu terantuk pada bucu katil. Tapi saya pelik, kenapa ibu bapa tersebut sanggup sertai trend ini dan korbankan emosi anak mereka? Adakah sebab mahu video mendapat perhatian, terima banyak like dan ramai pengikut akaun yang baru?



Lebih membuatkan saya marah adalah, ada dalam kalangan pengguna suka lihat reaksi anak-anak ini ketakutan. Berdasarkan komen video di bawah, ada yang menyatakan rasa berpuasa hati, lucu dan ada juga yang rancang untuk lakukan perkara ini pada anak saudara mereka kelak. Golongan dewasa sepatutnya tahu perkara ini boleh membuatkan mangsa trauma sepanjang hidup. Kanak-kanak mempunyai memori yang sangat kuat, pasti ia tidak akan hilang begitu sahaja.

Ibubapa tidak akan dipercayai anak-anak lagi

Berdasarkan perkongsian dari Facebook Public Health Malaysia, akibat tindakan prank sebegini, ia akan memberi kesan kepada personaliti dan emosi anak-anak. Perkara ini juga memberi mesej kepada anak bahawa individu yang dipercayai, paling rapat dan penting telah bertindak diluar jangkaan. Jadi, ibu bapa yang terlibat jangan hairanlah jika satu hari nanti anak anda tidak percaya dan ikut arahan anda, sebab semuanya berlaku berpunca dari anda sendiri.

Secara jelas kita boleh nampak, anak-anak tidak gembira sertai prank ini, malah ia hanya meninggalkan tangisan dan kemarahan yang ekstrim pada mereka. Prank ini tidak kelakar, ia menyedihkan dan bakal memalukan anak-anak yang terlibat. Sebab video yang ada di Internet akan ditonton ramai dan kekal di sana sehinggalah semua memadamnya. Mungkin kerana hal ini juga, mereka akan jadi penakut. Contohnya takut duduk dalam bilik tertutup, takut perempuan rambut panjang atau takut ditinggalkan bersendirian.

Oleh itu, pengguna media sosial khususnya Tiktok dinasihatkan agar tidak meneruskan trend yang menakutkan ini kerana ia tidak berbaloi. Banyak video lain yang boleh dilakukan bersama anak-anak untuk anda cipta kenangan bersama mereka. Contoh video yang saya suka tonton adalah kandungan “bekal Umar pergi school“. Saya yakin, walaupun Umar tidak faham apa yang dia katakan, tapi dia tetap akan rasa seronok menyiapkan bekal makanan bersama ibunya.

@eienrazak Payah pulak nak translate bahasa Umar yg ni😅 #bekalanak #bekalumar #umarcucuncucun #fyp ♬ original sound – Eien Razak

[Sumber: Public Health Malaysia]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Trend hantu mengilai di Tiktok, ganggu emosi kanak-kanak tapi ramai ibu bapa sertainya

Trend hantu mengilai di Tiktok, ganggu emosi kanak-kanak tapi ramai ibu bapa sertainya

16 August 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN