• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia lancar penghantaran makanan antara bandar melalui udara, caj penghantarannya murah

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:53 pm
  • 17/08/2022
  • Komen
AirAsia lancar penghantaran makanan antara bandar melalui udara, caj penghantarannya murah
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah rasa teringin nak makan makanan popular di Pulau Pinang, tapi tiada masa untuk ke sana? Contohnya anda teringin makan menu Hameed Pata Mee Sotong, tapi anda menetap jauh di Lembah Klang. Jika pernah hadapinya, anda tak perlu mengidam lagi sebab AirAsia telah lancarkan perkhidmatan penghantaran makanan antara bandar melalui udara. Melaluinya, anda boleh pesan dan nikmati juadah kegemaran dari seluruh negara. Kemudian ia akan diterbangkan dan dihantar terus ke lokasi anda.

Perkhidmatan ini sudah tersedia di aplikasi AirAsia pada 15 Ogos lalu untuk kawasan terpilih di Lembah Klang. Untuk memesan makanan, anda hanya perlu tekan tab Food pada aplikasi kemudian pilih makanan yang anda mahu pada bahagian Penang intercity Food Delivery. Seperti tangkapan skrin di bawah, ada pelbagai restoran yang boleh anda pilih di aplikasi ini. Antaranya ialah Nasi Kandar Hameediyah, Bee Hwa Cafe, Bangkok Lane Mee Goreng, Li Er Cafe, Hameed Pata dan banyak lagi.



Apa syarat tempahan makanan menerusi udara?

Untuk permulaan ini, penghantaran makanan antara bandar melalui udara hanya tersedia untuk di tempah dari Lembah Klang dan di hantar dari Pulau Pinang sahaja. Penghantaran akan dilakukan pada hari rabu setiap minggu. Caj yang dikenakan untuk setiap pesanan adalah RM5.99. Tempahan akan ditutup pada jam 5 petang hari selasa, untuk dihantar pada rabu keesokannya. Semua pesanan akan dimasak dan disediakan dari kedai, sebelum ia diterbangkan. Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk buat pra-tempahan makanan sehingga 30 hari lebih awal.

Dalam masa yang sama, AirAsia turut sediakan penerbangan percuma ke Langkawi untuk anda. Dengan syarat, anda perlu lengkapkan 10 pesanan antara bandar dengan perbelanjaan minimum RM25. Anda juga boleh perolehi 5x mata ganjaran AirAsia melaluinya. Promosi ini terhad dan ia bermula dari 1 sehingga 31 Ogos 2022. Masukkan kod FREEFLIGHT untuk menebusnya nanti.



Menurut Tan Suan Sear, Ketua Serantau AirAsia Food, tidak lama lagi perkhidmatan ini juga akan merangkumi makanan dari negeri lain di Malaysia untuk dihantar ke lebih banyak lokasi di Lembah Klang dan di luar.

Bagi peniaga yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada AirAsia Food, anda boleh lakukan pendaftaran di sini. Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan AirAsia Delivery, lakukan pendaftaran melalui halaman ini. 

Tags: AirAsiaAirAsia Food
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
AirAsia lancar penghantaran makanan antara bandar melalui udara, caj penghantarannya murah

AirAsia lancar penghantaran makanan antara bandar melalui udara, caj penghantarannya murah

17 August 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER