Saban hari, kita akan mendengar kisah tentang rakyat Malaysia kehilangan wang di dalam akaun bank, akibat ditipu atau scam pihak tertentu. Walaupun pihak bank telah mengetatkan sistem keselamatan, ia tidak menghalang penipu atau scammer untuk memperbaharui taktik mereka.
Baru-baru ini, heboh di twitter apabila seorang rakyat Malaysia memaklumkan, dia kehilangan wang RM13 ribu di dalam akaun bank CIMB. Tambahnya, transaksi itu berlaku sebanyak tiga kali, pukul 2 pagi.
Mangsa turut kecewa dan menyelar pihak CIMB kerana tidak mengesan perkara yang mencurigakan itu. Adakah CIMB tiada mekanisme keselamatan tentang perkara ini?
Kami menghubungi CIMB untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini. Maklum balas yang diberikan adalah seperti berikut:
CIMB urges customers to be vigilant at all times and do their part in protecting themselves against cybercrime.
We cannot disclose or comment on specific names or customers. However, we urge customers to be vigilant at all times and to never share details such as your OTP / card number / User ID / PIN / TAC / password with anyone or key them in on any website other than CIMB Clicks or our mobile banking apps. Always double check the website address / URL before you click or enter your details.
We advise our customers to contact our call centre immediately at 03-6204 7788 should they notice any suspicious transactions or activities. Refer to cimb.com.my/sec for more info.
Ringkasnya, CIMB meminta pengguna untuk sentiasa berwaspada, untuk melinsungi diri dari serangan penjenayah siber. Antaranya dengan tidak berkongsi OTP, nombor kad, ID pengguna, PIN, TAC atau kata laluan, kepada orang lain. Semak juga beberapa kali, alamat laman web atau URL sebelum meneruskan transaksi.
Masalah pengguna atau bank?
Dari perkongsian pengguna yang bermasalah dan maklum balas CIMB ini, masih tidak jelas apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin sistem CIMB belum cekap mengesan penipuan, atau pengguna tersilap masuk ke perangkap penipu.
Antara taktik terbaru penipuan siber masa kini adaah muat turun aplikasi pihak ketiga. Scammer akan menghantar mesej yang menarik seperti wang bantuan telah dihantar, tetapi memerlukan pengguna membuka laman web menerusi pautan yang diberi. Ia sebenarnya akan memuat turun aplikasi hasad, sekaligus boleh mencuri pelbagai maklumat pengguna. Kami pernah berkongsi kisah mangsa penipuan aplikasi, di mana dia diperdaya ketika mencari pembantu mengemas rumah.
Dalam kes terbaru ini, mengsa mengatakan telah membuat laporan polis dan akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia. Kami akan berkongsi maklumat lanjut jika ada sebarang perkembangan daripada mangsa atau pihak berkuasa.
[Sumber: @rafidah72]