• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cuba anda lihat pada 4 syarikat yang berjaya bida tender PerantiSiswa ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:16 pm
  • 25/08/2022
  • Komen
Cuba anda lihat pada 4 syarikat yang berjaya bida tender PerantiSiswa ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tender pengedaran PerantiSiswa dibahagikan mengikut zon. Sebanyak 5 zon telah diwujudkan yang bermakna ada 5 petender akan berkhidmat kepada kerajaan untuk menjayakan inisiatif ini. Menerusi carian ringkas di laman MyProcurement, hanya ada 4 zon sahaja disenaraikan.

Yang masih belum ada adalah zon Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak.



Syarikat yang akan mengendalikan pembekalan untuk zon utara iaitu Perak, Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang ialah SNS Network (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini menerima tender bernilai hampir RM100 juta.

Menariknya, syarikat ini mengumumkan mereka akan disenaraikan di bursa awam dalam bulan Julai 2022 lalu dan sewaktu penawaran pembelian awal saham yang dibuka sehingga 18 Ogos 2022, permohonan untuk pembelian saham SNS Network adalah 6.95 kali ganda lebih tinggi berbanding penawaran.



Ia menunjukkan orang ingin sangat melabur dalam SNS Network.

Pihak yang diberikan tanggungjawab untuk kendalikan zon timur iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang ialah Etika Info Sdn. Bhd dengan nilai tender lebih RM86 juta. Menurut laman “Tentang Kami”, syarikat ini ditubuhkan dalam tahun 2014.

Maklumat tentang syarikat ini sangat terhad. Kami cuma temui laman web mereka sahaja dan nombor pendaftaran syarikat 1104385-H.

Zon tengah iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, dan WP Putrajaya dianugerahkan kepada Synerlitz (Malaysia) Sdn. Bhd. Syarikat ini menerima tender bernilai hampir RM74 juta.

Menariknya entiti ini adalah operasi mereka adalah berteraskan industri gas dan minyak, cumanya dalam laman rasmi mereka ada masukkan tentang mereka turut menyediakan perkhidmatan solusi IT.

Akhir sekali Uptrend Technology Sdn. Bhd. (UTSB) diberikan tugas untuk kendalikan zon selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor dengan nilai tender lebih RM75 juta.

Seperti Synerlitz, Uptrend Technology kelihatan memberikan servis lebih tertumpu kepada pelanggan enterprise seperti IT & GIS Solution, Engineering & Design Solution, dan beberapa solusi lain yang kedengaran gah.

Bacaan berkaitan

  • Tablet Samsung ini dipilih sebagai gajet PerantiSiswa, edaran bermula dalam bulan Ogos 2022
  • Program PerantiSiswa: Tablet akan diedarkan seawal Ogos 2022 dan permohonan diperluas kepada IPG dan Kolej Metrikulasi
Tags: etika infoperantisiswaSNS Networksynerlitz
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cuba anda lihat pada 4 syarikat yang berjaya bida tender PerantiSiswa ini

Cuba anda lihat pada 4 syarikat yang berjaya bida tender PerantiSiswa ini

25 August 2022
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER