• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Snapdragon 6 Gen 1 bakal jadikan telefon murah lebih berkuasa

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:22 am
  • 29/08/2022
  • Komen
Snapdragon 6 Gen 1 bakal jadikan telefon murah lebih berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut satu sumber maklumat tidak rasmi, Qualcomm dikatakan bakal mengumumkan Snapdragon 6 Gen 1 dalam masa terdekat.

Ia adalah sesuatu yang masuk akal kerana mereka sudahpun ada Snapdragon 8 Gen 1, Snapdragon 7 Gen 1, dan Snapdragon 6 adalah pengganti kepada siri Snapdragon 600 yang memperkasa banyak telefon kelas pertengahan paras rendah sejak sekian lama.



Merujuk kepada info yang dikongsikan, Snapdragon 6 Gen 1 akan berada dalam kategori 4nm (berbanding 6nm untuk siri Snapdragon 600) tapi kita masih belum ada maklumat khusus tentang konfigurasi kluster dan teras yang bakal memperkasakan cip ini.

Sumber

Antara perkara mernarik tentang cip ini adalah ia bakal membawakan ciri refresh rate 120Hz pada telefon paras harga lebih rendah. Kemudian, anda boleh jangkakan prestasinya lebih baik, menghampiri siri Snapdragon 700 sedia ada kerana ia menyokong LPDDR5 sehingga 12GB pada clockspeed lebih tinggi.



Sekiranya Snapdragon 6 Gen 1 memang ada, berkemungkinan besar ia akan diperkenalkan sewaktu Snapdragon Summit, acara tahunan yang tahun ini berlangsung pada 15 hingga 17 November 2022.

Dalam Snapdragon Summit tahun 2021 lalu, kita dihidangkan dengan Snapdragon 8 Gen 1 dan Snapdragon 8+ Gen 1 pula diperkenalkan pada pertengahan tahun 2022 bersama-sama dengan Snapdragon 7 Gen 1.

Tags: QualcommQualcomm Snapdragonqualcomm snapdragon 6 gen 1qualcomm snapdragon 8 gen 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Snapdragon 6 Gen 1 bakal jadikan telefon murah lebih berkuasa

Snapdragon 6 Gen 1 bakal jadikan telefon murah lebih berkuasa

29 August 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN