• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Snapdragon 7 Gen 1: Apa yang dinaik taraf?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:20 pm
  • 23/05/2022
  • Komen
Snapdragon 7 Gen 1: Apa yang dinaik taraf?
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Snapdragon 8+ Gen 1, Qualcomm turut mengumumkan satu cip dalam kelas pertengahan premium yang diberinama Snapdragon 7 Gen 1. Ini adalah ahli pertama dalam keluarga kelas pertengahan yang gunakan tatacara penamaan baharu Qualcomm.

Cip ini menggantikan Snapdragon 778G dan membawakan beberapa naik taraf menarik. Walaupun kedua-duanya berada dalam kategori 4nm dan menggunakan khidmat Samsung untuk dihasilkan, ia ditambah baik daripada beberapa aspek.



Di bahagian teras Snapdragon 7 Gen 1 ada 8 teras CPU Kryo yang dibahagikan dalam 3 kluster. Clockspeed CPU ini boleh mencapai 2.4Ghz berbanding Snapdragon 8 Gen 1 yang sudahpun menembusi 3Ghz. Qualcomm tidak pula berkongsikan spesifikasi teknikal untuk GPU, tapi mereka kongsikan yang ia 20% lebih baik daripada generasi sebeleumnya.

Snapdragon 7 Gen 1 juga kini menyokong LPDDR5. Ia bermakna anda bakal menyaksikan komponen berkelas flagship kini digunakan pada kelas pertengahan. Lain-lain ciri menarik yang perlu anda tahu adalah seperti modem 5G Snapdragon X62, sokongan Bluetooth 5.3 dan Wi-Fi 6E serta Android Ready SE sekiranya pengeluar kereta ingin manfaatkan kunci telefon untuk menghidupkan kereta.



Qualcomm menjangkakan telefon pertama dengan cip ini untuk tiba ke dalam pasaran sebelum penghabisan Jun 2022.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang Snapdragon 7 Gen 1 di sini.

Bacaan berkaitan

Snapdragon 8+ Gen 1: Bukan seperti yang anda jangka – SoyaCincau.com

Tags: QualcommQualcomm Snapdragonsnapdragon 7 gen 1
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Snapdragon 7 Gen 1: Apa yang dinaik taraf?

Snapdragon 7 Gen 1: Apa yang dinaik taraf?

23 May 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER