• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SanDisk iXpand Base selesai dua masalah iPhone sekaligus

  • OLEH Najib
  • 12:52 pm
  • 09/11/2017
  • Komen
SanDisk iXpand Base selesai dua masalah iPhone sekaligus
Share on FacebookShare on Twitter

SanDisk telah menyediakan penyelesaian storan terbaik buat pengguna iPhone dan iPad, menerusi siri iXpand. Tetapi model terbaru iXpand Base ini, melakukan lebih dari itu.

iXpand Base adalah storan yang bukan sahaja membuat salinan data daripada iPhone, malah ia juga berfungsi sebagai pengecas pantas.



Untuk menggunakan iXpand Base, pengguna perlu memuat turun aplikasi iXpand Base dari Apple Appstore terlebih dahulu. Kemudian, sambungkan kabel dari iXpand Base ke iPhone, dan aplikasi iXpand Base akan mengesan secara automatik dan membuat salinan data iPhone ke dalamnya.

iXpand Base boleh mengesan pengguna iPhone yang berbeza. Ia akan mencipta folder berasingan untuk penyalinan data dari iPhone lain. Tidak perlu risau data bercampur aduk.



Sambil itu, iXpand Base juga akan mengecas pantas iPhone dengan kuasa 15W, jauh lebih tinggi berbanding pengecas asal iPhone yang berkuasa 5W sahaja. Jika bukan menyalin data pun, iXpand Base bokeh digunakan sebagai pengecas alternatif.

Tetapi iXpand Base sebenarnya tidak memiliki storan dalaman. Ia memiliki slot kad SD bersaiz penuh, dan menyalin data ke dalam kad SD ini. Hanya keluarkan kad SD ini dan pasang ke komputer untuk membaca data di dalamnya.

Satu lagi perkara penting yang perlu diketahui, iXpand Base tidak datang bersama kabel USB ke Lightning. Gunakan kabel yang datang bersama iPhone, atau beli sendiri kabel lain.

Malahan, disebabkan ia menggunakan kad SD sebagai storan, pengguna boleh menukarnya dengan kad SD yang lain.

Untuk yang berminat, iXpand Base telahpun dijual di Malaysia menerusi stor pengedar premium Apple, 11street, Lazada dan Shopee. Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • 64GB – RM369
  • 128GB – RM529
  • 256GB – RM899

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, layari laman produk SanDisk iXpand Base.

Tags: iXpand BaseSanDiskSanDisk iXpandSanDisk Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

SanDisk iXpand Base selesai dua masalah iPhone sekaligus

SanDisk iXpand Base selesai dua masalah iPhone sekaligus

9 November 2017
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN