[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]
Jika ada satu perkara yang rakyat Malaysia boleh pelajari semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, adalah belajar menjaga kesihatan diri. Waktu itu, pelbagai peralatan dan perkakas kecil dan mudah alih mula dikenali orang ramai, demi memastikan kesihatan diri di tahap optimum.
Kerana itu, salah satu aksesori yang menjadi pilihan ramai adalah jam pintar. Ini kerana jam pintar kini dilengkapi bukan sahaja ciri-ciri ringkas telefon pintar, bahkan juga memiliki fungsi memantau kecergasan dan kesihatan pengguna.
Tetapi apa jam pintar paling sesuai, memiliki ciri-ciri terbaik digunakan dalam kehidupan seharian?
Untuk itu, anda boleh mempercayai salah satu syarikat elektronik terkemuka di dunia, Samsung. Mereka baru sahaja melancarkan jam pintar, Galaxy Watch5 series yang padat dengan teknologi canggih memantau kecergasan dan kesihatan diri, serta menjadikan kehidupan seharian lebih mudah.
1. Gaya, mutu, keunggulan premium
Pasaran masa kini telah dilambakkan dengan pelbagai jam pintar. Dengan Galaxy Watch5 Pro, anda boleh kelihatan lebih menonjol kerana ia menampilkan rekaan yang premium dan lebih tahan lasak.
Jam pintar Galaxy Watch5 Pro dihasilkan dengan gabungan dua bahan paling lasak, titanium dan kaca nilam. Binaan badan daripada titanium, menjadikannya 5x lebih tahan lasak berbanding Galaxy Watch4.
Kaca nilam di permukaan pula, dua kali lebih keras berbanding kaca yang digunakan Galaxy Watch4. Ini ditambah lagi dengan pengiktirafan rintang air dan debu IP68 , ATM 5 dan MIL-STD-810G. Pengguna tidak perlu risau lagi apabila membuat aktiviti kecergasan yang ekstrem dengan Galaxy Watch5 Pro.
2. Pemantau kecergasan dan kesihatan premium
Samsung melengkapi Galaxy Watch5 Pro dengan sensor terkini untuk memantau kecergasan dan kesihatan pengguna. Rekaan sensor di dalam kaca melengkung di belakang, menjadikan ketepatan pemantauan meningkat, terutama sekali bagi degupan jantung dan kadar pengeluaran peluh.
Perkara kelihatan mudah terdapat di Galaxy Watch5 jarang ada di jam pintar lain, adalah pemantauan waktu tidur. Waktu tidur adalah masa yang penting untuk memastikan diri sentiasa sihat.
Di dalam laporan waktu tidur, jam pintar siri Galaxy Watch5 akan memantau tahap lena tidur pengguna, tahap oksigen dalam darah (SpO2) serta kadar dengkuran. Ia boleh memberikan pandangan mendalam kepada pengguna tentang keadaan kesihatan diri, yang jarang diketahui berbanding waktu berjaga.
Anda boleh meningkatkan kualiti tidur untuk tubuh lebih sihat, menerusi akses percuma kepada program tidur bersama jurulatih digital. Ia menyediakan misi yang perlu dicapai, senarai perlu buat, bacaan artikel berkaitan dan laporan masa tidur, dalam tempoh 4-5 minggu.
Pengguna juga boleh mendapatkan program latihan yang sama untuk kecergasan. Tetapkan sasaran kecergasan yang ingin dicapai dan ikuti program yang disediakan khusus untuknya.
3. Penjejak arah dan lokasi premium
Menjejak lokasi menerusi GPS mungkin sudah biasa ada di jam pintar. Tetapi Galaxy Watch5 Pro menyediakan penjejak arah dan lokasi tercanggih. Pengguna yang mahu membuat aktiviti di luar, boleh menetapkan laluan terlebih dahulu dan memasukkan data ke dalam Galaxy Watch5 Pro.
Kemudian, ia boleh digunakan seperti GPS kenderaan iaitu arahan navigasi belok ke belok. Dengannya, pengguna tidak perlu menghafal laluan, cukup mengikuti arahan yang terdapat pada jam pintar. Lebih baik lagi, ia boleh digunakan unutk pulang semula dengan selamat ke titik asal perjalanan.
4. Prestasi tinggi dan bateri premium
Samsung melengkapi Galaxy Watch5 series dengan skrin Super AMOLED yang sangat cerah, dan boleh diaktifkan supaya hidup sepanjang masa. Ia dikuasakan dengan cip berkuasa tinggi, Exynos W920 dwi-teras berkelajuan 1.18GHz. Seterusnya dipadankan bersama RAM 1.5GB dan storan dalaman 16GB.
Prestasi tinggi ini dijana tenaganya oleh bateri besar, berkapasiti sehingga 590mAh. Ia memberikan hayat penggunaan sehingga 80 jam untuk kegunaan biasa, atau sehingga 20 jam dengan GPS aktif berterusan. Tidak perlu khuatir kehilangan arah petunjuk di tengah jalan.
Mengecas Galaxy Watch5 juga mudah, menggunakan pengecas magnetik khas. Hanya 45 minit diperlukan untuk mengecas dari 0 ke 80%.
Dapatkan Galaxy Watch5 series dengan hadiah percuma sekarang
Samsung telah melancarkan jam pintar Galaxy Watch5 series di Malaysia, dengan harga rasmi seperti berikut:
- Galaxy Watch5 (40mm) – RM1,099
- Galaxy Watch5 (44mm) – RM1,199
- Galaxy Watch5 Pro (45mm) – RM1,899
Hadiah percuma kini disediakan untuk pembeli dalam tempoh tempahan awal, dari 10 Ogos sehingga 1 September 2022. Bagi pembeli Galaxy Watch5 Pro, akan menerima fon telinga TWS Galaxys Buds Live bernilai RM549 secara Percuma. Pembeli Galaxy Watch5 pula, akan diberi tali jam kulit hibrid bernilai RM149 Percuma.
Lebih menarik lagi, anda boleh mendapatkan diskaun 20% membeli fon telinga Galaxy Buds2 dan Galaxy Buds2 Pro, semasa membuat tempahan awal Galaxy Watch5 series.
Jangan berlengah lagi, tempah jam pintar Samsung anda segera. Layari laman produk Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro untuk membuat tempahan sekarang.