• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas baru TuneTalk JIMAT beri data tanpa had dengan kelajuan berbeza, FUP 5GB dan harga ikut bayaran pendahuluan

  • OLEH Najib
  • 11:50 am
  • 06/09/2022
  • Komen
Pas baru TuneTalk JIMAT beri data tanpa had dengan kelajuan berbeza, FUP 5GB dan harga ikut bayaran pendahuluan
Share on FacebookShare on Twitter

TuneTalk kini memperbaharui tawaran pelan tanpa had mereka, dengan melancarkan Pek JIMAT. Terdapat tiga pelan di dalam pek ini iaitu Fokus 33, Fokus 40 dan Bebas 50.

Bagaimanapun, pelan ini ada terlalu banyak terma dan syarat. Jika anda tidak teliti dengan terma dan syarat yagn ditetapkan, anda pasti akan lebih tertekan kerana tidak faham tentang sekatan yang dikenakan. Di samping itu, harganya pun tidak seperti nama pelan tersebut.



Pelan Pek JIMAT yang sangat susah

Sebelum kita pergi kepada terma dan syarat yang berselirat, mari kita kenal dulu tawaran asas pelan baru ini. Persamaan semua pelan ini adalah ia datang bersama panggilan tanpa had ke semua rangkaian tempatan.

Pelan tanpa had ini, memiliki sekatan kelajuan berbeza serta kuota hotspot berlainan. Pelan Fokus 33 ada sekatan kelajuan sehingga 6Mbps dan kuota hotspot 4GB.



Pelan Fokus 40 pula disekat kelajuan sehingga 12Mbps dan kuota hotspot 6GB. Pelan Bebas 55 lebih terbuka, kelajuan disekat sehingga 18Mbps dan hotspot tanpa had.

Nampak sangat menarik tawaran ini. Tetapi ada 3 perkara penting perlu anda tahu tentang pelan baru TuneTalk ini. Pertama, sekatan kelajuan adalah berbeza mengikut masa.

Kedua, ada Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) walaupun dikatakan tanpa had. Malah, FUP ini dikira secara harian dan bulanan. Selepas mencapai FUP tersebut, kelajuan akan disekat menjadi jauh lebih perlahan. Menurut FAQ, kelajuan internet asas adalah 256kbps. Tidak pula dinyatakan jika internet asas juga ada kuota bulanan.

Ketiga, harga pelan sebenarnya berbeza mengikut berapa bayaran pendahuluan yang anda letak. Ia dipecahkan dalam tiga tawaran iaitu 1-bulan, 3-bulan dan 12-bulan. Lagi lama pendahuluan yang anda langgan, lebih murah harganya. Sebenarnya, nama pelan baru ini adalah mengikut pelan 12-bulan.

Jadi mari kita teliti dengan lebih lanjut untuk setiap pelan ini.

Pelan Fokus 33

Sekatan kelajuan:

  • 6 Mbps (waktu puncak, 9 pagi – 5 petang)
  • 3 Mbps (luar waktu puncak, 5 petang – 9 pagi)

Kuota Hotspot: 4GB
FUP Harian: 5GB
FUP Jumlah Bulanan: 50GB
* kelajuan disekat ke 256kbps selepas mencapai mana-mana FUP dahulu. Untuk harian, ia akan diperbaharui pada 12 tengah malam. Untuk bulanan, diperbaharui selepas tamat langganan 30-hari

Harga pelan:

  • 1-bulan: RM38
  • 3-bulan: RM105 (RM35/bulan)
  • 12-bulan: RM396 (RM33/bulan)

Pelan Fokus 40

Sekatan kelajuan:

  • 12 Mbps (waktu puncak, 9 pagi – 5 petang)
  • 6 Mbps (luar waktu puncak, 5 petang – 9 pagi)

Kuota Hotspot: 6GB
FUP Harian: 5GB
FUP Jumlah Bulanan: 60GB
* kelajuan disekat ke 256kbps selepas mencapai mana-mana FUP dahulu. Untuk harian, ia akan diperbaharui pada 12 tengah malam. Untuk bulanan, diperbaharui selepas tamat langganan 30-hari

Harga pelan:

  • 1-bulan: RM48
  • 3-bulan: RM129 (RM43/bulan)
  • 12-bulan: RM480 (RM40/bulan)

Pelan Bebas 55

Sekatan kelajuan: 18 Mbps sepanjang masa

Kuota hotspot mengikut FUP
FUP Harian: 5GB
FUP Jumlah Bulanan: 80GB
* kelajuan disekat ke 256kbps selepas mencapai mana-mana FUP dahulu. Untuk harian, ia akan diperbaharui pada 12 tengah malam. Untuk bulanan, diperbaharui selepas tamat langganan 30-hari

Harga pelan:

  • 1-bulan: RM48
  • 3-bulan: RM129 (RM43/bulan)
  • 12-bulan: RM480 (RM40/bulan)

Adakah anda sudah jelas dengan tawaran baru TuneTalk ini? Ia memang rumit dan sukar dikira kuota kerana berbeza FUP harian dan bulanan. Anda boleh menyemak kuota ini menerusi aplikasi TuneTalk.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web TuneTalk Pek JIMAT.

Bacaan Berkaitan

  • TuneTalk perkenal pelan Ngam-Ngam, RM35 dengan kuota 35GB
  • TuneTalk perkenal pelan data & panggilan tanpa had RM48/bulan
Tags: tunetalkTuneTalk Bebas 55TuneTalk Fokus 33TuneTalk Fokus 40TuneTalk Jimat
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Pas baru TuneTalk JIMAT beri data tanpa had dengan kelajuan berbeza, FUP 5GB dan harga ikut bayaran pendahuluan

Pas baru TuneTalk JIMAT beri data tanpa had dengan kelajuan berbeza, FUP 5GB dan harga ikut bayaran pendahuluan

6 September 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN