[Artikel ini dibawakan oleh Panasonic]
Sistem hiburan di rumah masa kini sudah menjadi sangat canggih. Malah ia dikatakan boleh menandingi sistem di pangung wayang gambar, dengan teknologi paparan yang sangat menawan serta sistem bunyi yang mengasyikkan.
Tetapi semua ini datang dengan kos yang agak tinggi. Bagaimanapun, anda sebenarnya boleh menikmati kualiti sistem hiburan yang hebat di rumah, dengan bajet yang rendah.
Salah satu caranya dengan menaik taraf sistem bunyi TV anda, menggunakan pembesar suara kompak dan panjang. Atau lebih popular dipanggil Soundbar. Di sini kami akan berkongsi, kenapa soundbar dapat membantu anda meningkatkan pengalaman berhibur di rumah tanpa berbelanja besar.
1. Bunyi lebih kuat dan berkualiti
Rata-rata, pembesar suara di TV hanya memiliki kuasa gabungan sekitar 20W sahaja. Ini menunjukkan kelantangan bunyi yang boleh dihasilkan hanya setakat itu.
Manakala Soundbar, ia ada kuasa yang lebih tinggi. Bukan sahaja ia boleh menghasilkan bunyi yang lebih kuat, tetapi lebih berkualiti seperti vokal lebih jelas dan persekitaran lebih hidup.
2. Tidak mengambil ruang besar
Soundbar memiliki rekaan yang kompak dan kecil, tetapi panjang. Ini memudahkan ia diletakkan di hadapan TV, untuk memberikan kualiti bunyi yang lebih baik.
3. Harga mampu milik
Tidak dinafikan, sistem bunyi rumah memiliki kualiti bunyi yang jauh lebih baik daripada Soundbar. Tetapi harganya sangat mahal, biasanya mencecah ribuan ringgit.
Berbeza dengan Soundbar, ia boleh dibeli dengan harga di bawah RM500. Tetapi pengalaman yang anda terima boleh diterjemahkan kepada 2 atau 3 kali lebih baik berbanding bunyi di TV.
4. Fungsi canggih tambahan
Dengan kecanggihan teknologi baru, Soundbar masakini dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri baharu. Misalnya, anda boleh memainkan lagu terus dari telefon pintar kepada Soundbar melalui Bluetooth. Tidak perlu membuka TV. Ada juga Soundbar yang menyediakan port USB, untuk memainkan lagu terus daripada pemacu kilat.
Malah, ada soundbar yang membenarkan tambahan kepada Subwoofer secara wayarles untuk bunyi lebih berdentum di rumah.
5. Jenama yang diyakini
Soundbar yang berkualiti dan ada ciri canggih terkini tetapi mampu milik, boleh didapati daripada jenama yang sudah sedia dikenali ramai dan diyakini. Antaranya daripada Panasonic.
Salah satu model Soundbar keluaran Panasonic adalah HTB100. Soundbar yang kompak ini menampilkan rekaan bergaya, dengan jeriji hitam metalik dan kemasan premium untuk menghiasi ruang tamu anda di samping tv.
Dengan kuasa 45W, ia boleh memberikan bunyi yang lebih bertenaga dan lantang, di samping pengalaman yang lebih hidup dan realistik. Ia juga boleh digunakan sebagai alat pemain muzik, apabila disambungkan secara Bluetooth kepada telefon pintar.
Jika mahu bunyi yang lebih berdentum, Panasonic turut menawarkan model HTB150 dengan tambahan Bass wayarles. Ia menjana kuasa bunyi sehingga 100W untuk memberikan kualiti bunyi yang hebat, dalam ruang kompak dan tidak bersepah kerana tiada wayar bersambungan.
Harga promosi yang lebih murah
Paling utama, harga untuk kedua-dua Soundbar keluaran Panasonic ini sangat mampu milik. Malah, anda boleh mendapatkannya lebih murah kerana ada promosi sedang berjalan sekarang.
Dari 5 hingga 19 September 2022, dapatkan diskaun sehingga RM80 untuk memiliki Soundbar Panasonic:
Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Panasonic HTB100 dan Panasonic HTB150.