• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Pengguna Android tak boleh hantar animasi GIF ke iOS sebab Apple tak sokong RCS? Dapatkanlah iPhone

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:15 pm
  • 09/09/2022
  • Komen
Apple Buang APP Peta Hong Kong Daripada AppStore
Share on FacebookShare on Twitter

Itulah intipati jawapan daripada Tim Cook apabila diajukan soalan bilakah Apple akan sokong Rich Communication Services (RCS) kerana ia menyukarkan pengguna Android untuk hantar mesej yang mengandungi multimedia kepada pengguna iOS.

RCS adalah protokol komunikasi yang dibangunkan bagi menggantikan SMS. Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 55 telco, 12 OEM, dan 2 pembangun sistem operasi bersama-sama membentuk protocol ini termasuklah Google dan Microsoft. RCS diperkenalkan sejak 2008 lagi dan sentiasa ditambah baik dan kini berada di versi RCS-e Versi 2.4 (2019).



Cumanya, Apple memiliki alasan kukuh untuk tidak menyertakan dalam iOS. Salah satu daripadanya, kenapa mereka perlu bekerjasama dengan puluhan pihak lain sedangkan mereka sudahpun ada iMessage. Keterbukaan bukanlah satu ciri menonjol pada Apple dan sekiranya pengguna yang berada di luar ekosistem Apple yang inginkan ciri seakan RCS, mereka bolehlah cuba ratusan APP permesejan seperti WhatsApp dan Telegram.

WhatsApp membawakan manfaat RCS untuk kedua-dua Android dan iOS, kalau geli dengan Meta sebagai pemiliknya, bolehlah pergi ke Telegram

Buat pengguna Android, APP Message daripada Google yang sedia terpasang di telefon mereka sedia menyokong RCS dan Google tanpa penat sentiasa memasarkanny untuk dijadikan protocol utama komunikasi. Walaupun RCS bersifat mesra platform, tidaklahitu sebab utama Google mempromosikan kecualilah ada insentif menarik yang bakal mereka perolehi, seperti sumber pendapatan baru melalui pelayan awan untuk mengehoskan trafik-trafik RCS ini.



Sumber

RCS hampir menjadi protokol arus perdana sekitar 2016 lalu di Korea Selatan. Namun, telco di sana menghentikan sokongan RCS akibat kepopularan APP permesejan seperti Kaokao Talk, Line, dan WeChat di sana.

Sumber: 9to5Mac

Tags: appleTim Cook
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple Buang APP Peta Hong Kong Daripada AppStore

Pengguna Android tak boleh hantar animasi GIF ke iOS sebab Apple tak sokong RCS? Dapatkanlah iPhone

9 September 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN