Antara berita yang saya akan kongsikan adalah tentang pelancaran siri iPhone 14 beserta sejumlah produk lain. Kemudian, berita tentang pengguna demonstrasi cara untuk guna RFID yang sama di kereta berbeza, tapi anda berdepan risiko disenarai hitam. Ada juga berita tentang bagaimana anda boleh jana lebih RM300 ribu setahun hanya dengan sewakan tempat parkir anda, dan banyak lagi berita menarik seputar minggu sudah.
1. iPhone 14 Pro dengan Dynamic Island & AirPods Pro 2
Apple di acara Far Out mereka telah melancarkan keluarga iPhone 14 beserta sejumlah produk baharu lain. Pada varian iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max, mereka memperkenalkan ciri baharu iaitu Dynamic Island yang dikatakan ramai sebagai cara bijak Apple memanfaatkan lubang di bahagian paparannya.
Berita lanjut di sini, 2, dan 3
2. TikToker demonstrasi cara guna satu RFID di kenderaan lain, anda perlu fikir dua kali sebelum tirunya
Ada segolongan bijak pandai yang mencari solusi kepada masalah ini. Juga sama seperti pelekat cukai jalan, ada pengguna yang menampal tag RFID mereka di atas sekeping plastik akrilik. Hasilnya, tag RFID ini boleh dibawa ke mana-mana dan tidak lagi ditambat pada kereta itu.
Berita lanjut di sini.
3. ChargeSini bantu jadikan parkir mesra kenderaan elektrik (EV) dan jana pendapatan buat pemilik parkir
ChargeSini menyeru anda yang ingin menjana pendapatan pasif dengan menyewakan tempat letak kereta anda untuk dijadikan lokasi pengecasan kereta elektrik. Anda boleh jana lebih RM300 ribu setahun kalau kena dengan caranya.
Berita lajut di sini.
4. Poco M5 dan Poco M5s dilancar, telefon pertama Poco tanpa pengecas dalam kotak
Barisan peranti Poco menjadi semakin sukar untuk dipilih apabila Poco mengumumkan ketibaan dua telefon pintar baru, Poco M5 dan Poco M5s. Ia boleh dikatakan peranti kelas pertengahan yang tidak menyokong 5G. Cuma, agak pelik apabila Poco M5 dengan prestasi lebih tinggi daripada Poco M5s, dijual pada harga lebih murah. Menariknya, pelancaran antarabangsa ini disusuli dengan pengumuman jualan di Malaysia tidak lama lagi.
Berita lajut di sini.
5. Pas baru TuneTalk JIMAT beri data tanpa had dengan kelajuan berbeza, FUP 5GB dan harga ikut bayaran pendahuluan
TuneTalk kini memperbaharui tawaran pelan tanpa had mereka, dengan melancarkan Pek JIMAT. Terdapat tiga pelan di dalam pek ini iaitu Fokus 33, Fokus 40 dan Bebas 50. Bagaimanapun, pelan ini ada terlalu banyak terma dan syarat. Jika anda tidak teliti dengan terma dan syarat yagn ditetapkan, anda pasti akan lebih tertekan kerana tidak faham tentang sekatan yang dikenakan.
Berita lajut di sini.