• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

DJI Osmo Mobile 6 perkenal naik taraf menarik untuk anda lebih fokus pada videografi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:47 pm
  • 23/09/2022
  • Komen
DJI Osmo Mobile 6 perkenal naik taraf menarik untuk anda lebih fokus pada videografi
Share on FacebookShare on Twitter

DJI hari ini melancarkan kemas kini kepada gimbal boleh lipat untuk telefon mereka iaitu DJI Osmo Mobile 6. Apa yang menarik, pengeluar itu membawa kembali nama “Osmo” masuk ke generasi ini berbanding produk generasi lepas yang mereka namakannya sebagai DJI OM 5.

Gimbal kali ini masih gunakan mekanisme magnet seperti yang mereka perkenalkan sejak DJI OM4 untuk memegang telefon. Jadi segala aksesori daripada generasi-generasi sebelum ini masih boleh digunakan. Contohnya, pemegang telefon DJI OM Fill Light yang diperkenalkan sewaktu DJI OM5 boleh didapatkan sekarang pada RM199.



Rod pemanjangan juga ada dan ia boleh dipanjangkan kepada 13.8cm untuk berikan perspektif rakaman yang lebih jauh berbanding hanya pegang di dalam tangna.

Naik taraf yang dibawakan kali ini adalah pada segi meringkaskan banyak perkara yang agak rumit daripada generasi lepas. Misalnya, ia kini ada panel status untuk mudahkan pengugna tahu dalam mode apa gimbal itu berada. Paras bateri juga dipamerkan dengan jelas.



Di bahagian sisi badan gimbal ada roda kawalan baharu untuk kawal jarak fokal kamera. Untuk gunakannya anda anda perlu rakam video bersama-sama APP yang didatangkan bersamanya. Dengan APP DJI MIMO, ciri keseluruhan gimbal boleh dimanfaatkan.

Pertama sekali adalah ActiveTrack 5.0 yang katanya kini lebih pintar untuk mengekalkan fokus kepada subjek. Kemudian, ada macam-macam mode merakam diberikan seperti TimeLapse. Kemudian ada juga DynamicZoom yang bertindak seperti Dolly Zoom.

Bateri berkapasiti 1,000mAh diberikan pada gimbal ini dan ia boleh beroperasi selama lebih 6 jam mengikut cara penggunaan. Pengecasan dilakukan melalui port USB-C dan ia mengambil masa 84 minit untuk dicas penuh menggunakan pengecas 10W.

DJI Osmo Mobile 6 dijual di Malaysia pada harga RM759. Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: djidji osmo mobiledji osmo mobile 6
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
DJI Osmo Mobile 6 perkenal naik taraf menarik untuk anda lebih fokus pada videografi

DJI Osmo Mobile 6 perkenal naik taraf menarik untuk anda lebih fokus pada videografi

23 September 2022
Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

Perodua QV-E dilancar: EV sportback 201hp, jarak 445km NEDC, harga RM80k tak termasuk bateri

1 December 2025
Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali

Infinix umum kerjasama Pininfarina, bakal lancar Note 60 Ultra dengan rekaan premium Itali

4 December 2025
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

3 December 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER