• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Kenapa pengguna perlu teruja dengan iPhone 15 sedangkan iPhone 14 baru saja mula dijual?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:53 am
  • 26/09/2022
  • Komen
iPhone 14 & 14 Plus: masih guna cip lama, ditambah pengesan kemalangan dan SOS satelit
Share on FacebookShare on Twitter

Siri iPhone 14 baru saja mula dijual di Malaysia beberapa hari lalu. Sementara ada golongan yang teruja untuk mendapatkan yang terbaharu dan yang terkini, ada juga golongan yang lebih konservatif terutamanya yang sedang menggunakan keluarga iPhone 13.

Tidaklah mengejutkan kerana naik taraf yang dibawakan sedikit caca marba. Dua versi termurah gunakan SoC generasi terdahulu dan untuk menikmati Dynamic Island, harga pelancaran adalah sehingga RM700 lebih tinggi daripada generasi terdahulu.



Beza harga pelancaran iPhone 12, 13, dan 14

Makanya, orang sudah mula berkira-kira untuk membayangkan apakah yang bakal ditawarkan Apple untuk siri iPhone 15 kelak.



Kenapa iPhone 15 menarik?

Siri iPhone 15, para spekulasi menjangkakan, bakal membawakan perubahan radikal pada segi rekaan dan juga spesifikasi. Misalnya, Apple setakat ini dilihat mengemas kini rekaan sekali untuk setiap 3 generasi, misalnya iPhone X, Xs dan 11. Kemudian, iPhone 12, 13, dan 14.

Rekaan iPhone X, Xs dan 11 miliki persamaan

Kemudian, kalau anda masih ingat, Kesatuan Eropah telah meluluskan undang-undang penggunaan USB-C untuk semua peranti elektronik bermula 2024. iPhone yang sejak azalinya menggunakan penyambungan Lightning hasilnya akan berhijrah kepada sambungan universal lambat laun.

EU wajibkan peranti elektronik gunakan penyambungan universal untuk kebaikan alam sekitar

iPhone 15 mungkin adalah pemulanya.

Dengan dua hujah tersebut, penganalisa pasaran juga memiliki perasaan yang kuat bahawa dalam iPhone 15 kelak, varian paling besar, mahal, dan berkuasa tidak lagi sebuah Pro Max sebaliknya “Ultra”.

iPhone 15 yang paling hebat kelak mungkin digelar iPhone 15 Pro Ultra.

Hujah ini mengambil intipati daripada Apple Watch yang kini hadir dalam perasa Ultra bagi mengatakan ia adalah yang terhebat, tidak mustahil Apple akan lakukan perkara serupa pada iPhone.

Sumber: Bloomberg

Bacaan berkaitan

iPhone diwajibkan ganti port Lightning kepada USB-C sebelum 2024

Alasan Apple untuk tidak gunakan USB-C dibidas Kesatuan Eropah

Pengguna iPhone 13 membazir duit untuk naik taraf ke iPhone 14?

Tags: appleapple iphoneapple iphone 14Apple iPhone 14 Plusapple iphone 14 proapple iphone 14 pro maxiOSiphoneiphone 14iPhone 14 Plusiphone 14 proiphone 14 pro maxtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 14 & 14 Plus: masih guna cip lama, ditambah pengesan kemalangan dan SOS satelit

Kenapa pengguna perlu teruja dengan iPhone 15 sedangkan iPhone 14 baru saja mula dijual?

26 September 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN