• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wiko 10 ucap bonjour kepada Malaysia dengan diskaun RM50 dan fon kepala Extra Bass percuma

  • OLEH Najib
  • 5:19 pm
  • 04/10/2022
  • Komen
Telefon besar Wiko 10 akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Wiko Malaysia kini mengumumkan kedatangan model ketiga mereka tahun ini ke pasaran tempatan, selepas melancarkan Wiko T50 dan Wiko T10. Dikenali sebagai Wiko 10, ia mempamerkan skrin yang lebih besar daripada biasa pada harga yang mampu milik.

Harga dan promosi

Orang ramai boleh mendapatkan telefon Wiko 10 yang besar ini mulai 7 Oktober 2022 di Shopee dan pengedar sah Wiko Malaysia, dengan harga jualan rasminya:



  • Wiko 10 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM699

Khas untuk jualan hari pertama pada 7 Oktober 2022, pembeli Wiko 10 akan menerima diskaun RM50 serta hadiah percuma fon telinga Extra Bass Stereo. Promosi ini hanya terdapat di Stor Rasmi Wiko di Shopee, dari jam 12 tengah malam sehingga 9 pagi dan selagi stok masih ada.

Spesifikasi Wiko 10

Peranti ini dikuasakan cip Mediatek Helio G37 12nm 8-teras. RAM pula 6GB bersama storan 128GB dan ia menerima kad mikroSD untuk meluaskan storan.



Skrin Wiko 10 jenis LCD seluas 6.74-inci, pada resolusi HD 720p dan kadar penyegaran 60Hz. Ia ada bateri 5,000mAh di dalam dan menyokong pengecasan pantas 22.5W melalui USB-C.

Terdapat tiga kamera di belakang, iaitu kamera utama 50MP F1.8 dengan sensor Samsung ISOCELL JN1, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapannya 8MP F2.0, terletak di dalam takuk kecil di dahi peranti.

Speaker di Wiko 10 hanya mono dan ia masih ada jek audio 3.5mm. Pengimbas capjari pula ada di sisi, bergabung dengan butang kuasa. Wiko 10 menjalankan sistem operasi Android 12.

Telefon ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru, hitam dan perak.

Bacaan Berkaitan

  • Wiko T50 & Wiko T10: Maklumat penjualan di Malaysia
  • Telefon besar Wiko 10 akan datang ke Malaysia
  • Wiko T10 dan T50, langkah pertama Wiko kembali ke Malaysia selepas setahun menyepi
Tags: WikoWiko 10
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Telefon besar Wiko 10 akan datang ke Malaysia

Wiko 10 ucap bonjour kepada Malaysia dengan diskaun RM50 dan fon kepala Extra Bass percuma

4 October 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER