• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon besar Wiko 10 akan datang ke Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:39 pm
  • 28/09/2022
  • Komen
Telefon besar Wiko 10 akan datang ke Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Wiko telah kembali ke pasaran Malaysia selepas setahun menyepi, dengan melancarkan telefon pintar Wiko T10 dan Wiko T50 pada bulan Ogos lepas. Tidak lama lagi, mereka akan melancarkan satu lagi model baru di sini.

Menurut Wiko Malaysia, telefon pintar tersebut akan membawakan nama Wiko 10. Ia menampilkan skrin yang lebih besar daripada biasa, berukuran 6.74-inci. Selain itu, Wiko 10 akan dilengkapi RAM 6GB dan storan dalaman seluas 128GB.



Maklumat lanjut tentang telefon ini boleh dirujuk di Filipina, kerana ia telah dilancar di sana. Harga jualannya dilihat sangat mampu milik, hanya PHP8,990 (~RM701) di pasaran Filipina.

Dengan harga ini, pastinya Wiko 10 memiliki prestasi kelas permulaan. Dari laman produk Wiko 10 di Filipina, peranti ini dikuasakan cip Mediatek Helio G37 12nm 8-teras. RAM pula 6GB bersama storan 128GB dan ia menerima kad mikroSD untuk meluaskan storan.



Skrin Wiko 10 jenis LCD seluas 6.74-inci, pada resolusi HD 720p dan kadar penyegaran 60Hz. Ia ada bateri 5,000mAh di dalam dan menyokong pengecasan pantas 22.5W melalui USB-C.

Terdapat tiga kamera di belakang, iaitu kamera utama 50MP F1.8 dengan sensori Samsung ISOCELL JN1, kamera makro 2MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapannya 8MP F2.0, terletak di dalam takuk kecil di dahi peranti.

Speaker di Wiko 10 hanya mono dan ia masih ada jek audio 3.5mm. Pengimbas capjari pula ada di sisi, bergabung dengan butang kuasa. Wiko 10 menjalankan sistem operasi Android 12.

Di Filipina, telefon ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru, hitam dan perak. Nantikan maklumat lanjut mengenai Wiko 10 di Malaysia daripada kami tidak lama lagi.

Tags: WikoWiko 10
Najib

Najib

POPULAR

Telefon besar Wiko 10 akan datang ke Malaysia

Telefon besar Wiko 10 akan datang ke Malaysia

28 September 2022
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung One UI 9 boleh kunci telefon anda secara kekal selepas 13 kali salah PIN

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN