• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar Percutian Anda Mungkin Angkat Anda Jadi Duta Pertama AirAsia x Sony

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:31 pm
  • 26/07/2018
  • Komen
Gambar Percutian Anda Mungkin Angkat Anda Jadi Duta Pertama AirAsia x Sony
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda akan terbang bersama AirAsia antara 30 Julai hingga 7 Oktober ini, anda pastinya tidak akan mahu melepaskan peluang menyertai satu pertandingan anjuran bersama AirAsia dan Sony (AirAsia x Sony), “Through the Lens”. Antara tempoh tersebut pihak AirAsia x Sony akan mencari duta bersama pertama untuk mewakili kedua-dua entiti itu selama setahun.

Pertandingan 9 minggu itu mempertaruhkan bukan saja kerusi selaku duta bersama. Pemenang hadiah utama akan menerima kelengkapan kamera Sony terbaru serta tajaan penerbangan ke semua 130 destinasi AirAsia selama setahun.



Bukan itu sahaja, pemenang hadiah utama juga akan diterbangkan ke Tokyo untuk melihat sendiri teknologi pengimejan terbaru Sony di ibu pejabat mereka sambil membawa sebuah Sony A7 Mark III dan sepasang fon kepala h.ear on 2, kesemuanya bernilai lebih RM10 ribu ringgit.

Terdapat juga hadiah sagu hati yang berupa kamera Sony RX100V pada penyertaan terbaik setiap minggu.



Barry Klipp, wakil dari Kumpulan Air Asia X

Sotoru Arai, wakil dari Sony Malaysia

Mewakili Kumpulan AirAsia X adalah En. Barry Klipp, ketua bahagian komersial manakala daripada pihak Sony Malaysia, En. Sotoru Arai bersama-sama merasmikan pertandingan ini.

Untuk menyertai “Through the Lens”, anda hanya perlu melawat laman web throughthelens.airasia.com dan mendaftarkan diri sebelum mula memuat naik hasil kerja anda untuk diadili.

 

Tags: AirAsiaAirAsia XpertandinganSonySony Malaysiathrough the lens
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Gambar Percutian Anda Mungkin Angkat Anda Jadi Duta Pertama AirAsia x Sony

Gambar Percutian Anda Mungkin Angkat Anda Jadi Duta Pertama AirAsia x Sony

26 July 2018
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER