• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Parlimen Malaysia bubar hari ini, 4 negeri tidak akan bubar DUN

  • OLEH Najib
  • 3:42 pm
  • 10/10/2022
  • Komen
Parlimen Malaysia bubar hari ini, 4 negeri tidak akan bubar DUN
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri petang ini telah bersiaran langsung untuk satu pengumuman khas. Beliau menjawab spekulasi dan khabar angin yang bertiup kencang kebelakangan ini.

Selepas bertemu Yang Dipertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari Ahad lepas dan diperkenankan oleh baginda, Ismail Sabri mengumumkan bahawa Parlimen Malaysia akan dibubarkan hari ini, 10 Oktober 2022. Ini akan memberi jalan kepada Pilihanraya Umum Malaysia ke 15 (PRU15).



Tarikh pencalonan, pengundian dan tempoh berkempen, akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) selepas ini. Tetapi PRU mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan.

4 negeri tidak sertai PRU?

Sehubungan itu, PM meminta kerajaan negeri di seluruh Malaysia untuk turut sama membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) boleh dijalankan serentak dengan PRU.



Bagaimanapun, PM juga menyatakan empat negeri tidak akan membubarkan DUN mereka iaitu Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor kerana baru sahaja menjalankan PRN tidak lama dahulu.

Meskipun begitu, ura-ura tentang negeri lain tidak mahu membubarkan DUN masih menjadi persoalan. Negeri yang diketuai oleh Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, serta negeri yang diterajui Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, ada menyatakan mereka tidak akan membubarkan DUN sehingga tahun hadapan.

Sebagai warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, pendaftaran sebagai pengundi telah berjalan secara automatik. Apa yang penting sekwrang adalah menyemak di mana tempat mengundi. Anda boleh melakukannya dengan merujuk cara menyemak tempat mengundi di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Daftar undi kini automatik, ini cara semak online tempat mengundi, tuntut pembetulan atau tukar lokasi mengundi
Tags: Ismail SabriPRU15SPR
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Parlimen Malaysia bubar hari ini, 4 negeri tidak akan bubar DUN

Parlimen Malaysia bubar hari ini, 4 negeri tidak akan bubar DUN

10 October 2022
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN