• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RedMagic Malaysia mahu lancar telefon gaming dengan kipas penyejuk dan kamera bawah skrin

  • OLEH Najib
  • 6:29 pm
  • 11/10/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

RedMagic, salah satu pengeluar telefon gaming di bawah jenama Nubia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar baru di Malaysia tidak lama lagi. Ia menampilkan banyak ciri-ciri yang jarang ditemui di telefon gaming jenama lain.

Menurut Facebook RedMagic Malaysia, tarikh pelancaran telefon baru RedMagic ini telah ditetapkan pada hari Selasa, 18 Oktober 2022, jam 2 petang. Tidak pula dijelaskan sama ada ia akan disiarkan secara langsung di internet atau hanya majlis secara fizikal.



Walaupun tidak menyatakan secara terus, petunjuk yang diberikan RedMagic Malaysia tentang peranti baru mereka iaitu ‘Armored For Victory!‘ sangat jelas mengatakan tentang RedMagic 7s Pro. Ia adalah sebuah telefon gaming prestasi tinggi dan baru dilancarkan di pentas antarabangsa pada bulan Julai lepas.

Spesifikasi RedMagic 7s Pro

Prestasi tinggi pada telefon gaming terbaru ini digerakkan oleh cip Snapdragon 8+ Gen 1 terhebat masakini. Bagi memastikan penyebaran haba lebih berkesan, ia dibekalkan 10 lapisan sistem penyejukan antaranya kebuk wap, jel penyejuk, gelung tembaga, plat penyebar haba dan paling utama, kipas penyejuk.



Ya, telefon ini ada kipas penyejuk terbina di dalam, seperti sebuah laptop. Ini adalah ciri yang tidak terdapat di telefon gaming lain seperti ROG Phone 6 dan Black Shark 5. Kipas ini diserikan lagi dengan lampu RGB yang serasi dengan peminat permainan video. Tambah menarik, ia ada badan belakang telus cahaya, menampakkan sebahagian rupa belakang telefon tetapi tidak menampakkan sebarang litar atau cip.

Bagi memberikan prestasi tertinggi, RedMagic 7s Pro datang bersama RAM LPDDR5 sehingga 18GB dan storan UFS 3.1 sehingga 512GB. Seperti biasa, tiada kad mikroSD diterima.

Paparan di telefon ini juga sangat menarik. Ia memiliki bingkai sangat kecil untuk sebuah telefon gaming, walaupun ada skrin penuh tanpa takuk dan lubang. Ini kerana ia menggunakan kamera hadapan yang tersembunyi di sebalik paparan.

Skrin AMOLED di RedMagic 7s Pro seluas 6.8-inci HD Penuh, dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Kadar yang agak rendah untuk telegon gaming berkuasa tinggi. Skrin ini ada tahap kecerahan setinggi 600 nits dan dilapisi kaca Corning Gorilla 5 yang sangat teguh.

Telefon gaming berkuasa tinggi pasti ada butang bahu. Bagi RedMagic 7s Pro, ia menggunakan butang bahu sentuh pada kadar 520Hz. Ini agak serupa dengan ROG Phone 6 tetapi berbeza dengan Black Shark 5 yang menggunakan butang bahu fizikal.

Sistem bunyi semestinya stereo, dengan pembesar suara yang menembak ke tepi. Berita baiknya, jek audio 3.5mm masih ada di RedMagic 7s Pro jika ada yang masih mahu menggunakan fon telinga berwayar.

Tenaga pula disalurkan daripada bateri 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 65W. Dikhabarkan, kepala pengecas GaN dan kabel USB-C ada disertakan di dalam kotak.

Untuk kamera belakang, ia ada kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula 16MP, boleh disembunyikan di belakang skrin hadapan.

Sistem operasi RedMagic OS 5.5 berasaskan Android 12 digunakan oelh RedMagic 7s Pro. Terdapat tiga pilihan warna ditawarkan. Warna perak dan hitam supernova dengan belakang lutsinar, serta warna hitam obsidian bukan lutsinar.

Harga jualan RedMagic 7s Pro

Untuk perbandingan, RedMagic 7s Pro dijual di Eropah pada harga:

  • RedMagic 7s Pro (RAM 12GB + Storan 256GB) – EUR779 (~RM3,529)
  • RedMagic 7s Pro (RAM 18GB + Storan 512GB) – EUR949 (~RM4,299)

Sudah pasti harga di Malaysia nanti akan lebih murah. Tapi adakah ia dapat ebrsaing dengan ROG Phone 6 dan Black Shark 5? Nantikan berita daripada kami pada hari pelancarannya kelak.

Tags: NubiaRedMagicRedMagic 7s Pro
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025

RedMagic Malaysia mahu lancar telefon gaming dengan kipas penyejuk dan kamera bawah skrin

11 October 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER