• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Peminat dijemput uji Huawei Mate 50 Pro dengan kamera XMAGE 10-tahap apertur

  • OLEH Najib
  • 6:48 pm
  • 12/10/2022
  • Komen
Peminat dijemput uji Huawei Mate 50 Pro dengan kamera XMAGE 10-tahap apertur
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei kini menyambut ulangtahun ke-10 model telefon kegemaran ramai, Huawei Mate. Tidak lama lagi model terbarunya Huawei Mate 50 Pro, akan dilancarkan di Malaysia.

Walaupun tidak lagi bekerjasama dengan Leica, ia tidak melunturkan semangat Huawei untuk terus menaik taraf sistem kamera mudah alih mereka. Malah, Mate 50 Pro dilengkapi banyak ciri-ciri premium dan hebat, sesuai dengan kedudukannya sebagai peranti flagship.



Jadi yang pertama menguji Huawei Mate 50 di Malaysia

Kepada peminat peranti Huawei, anda semua dijemput untuk menjadi insan terawal di Malaysia menguji telefon terbaru ini. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mendaftar secara percuma di sini. Mereka yang terpilih, akan dijemput ke Stor Flagship Huawei pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kelak.

Kamera XMAGE berbilang apertur

Huawei pertama kali membawakan teknologi kamera terbaru mereka, XMAGE ke dalam Mate 50 Pro. Ia dibina berasakan empat teras iaitu sistem optikal, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemproses imej.



Untuk Mate 50 Pro, sistem kamera XMAGE membawakan sistem kamera berbilang apertur fizikal. Ia ada sehingga 10 tahap apertur boleh ubah, dengan tahap terluas F1.4. Huawei turut menampilkan teknologi Super Macro, Professional Protrait dan Super Night Mode untuk menjadikan kamera XMAGE berupaya menghasilkan gambar berkualiti tinggi.

Untuk sensor, kamera belakang Mate 50 Pro menggunakan kamera utama 50MP Ultra Apertur (F1.4~4.0) dengan OIS. Kamera kedua adalah kamera ultra lebar 13MP F2.2 dan kamera ketiga adalah kamera telefoto 64MP F3.5 OIS.

Kamera hadapannya jenis ultra lebar 13MP F2.4 dan bergandingan dengan kamera pengesan kedalaman 3D.

Kaca Kunlun 10 kali tahan lebih lasak

Huawei juga turut berbangga dengan pengenalan buat pertama kali, kaca Kunlun di Mate 50 Pro. Ia adalah kaca tahan lasak, diiktiraf lima bintang tahan jatuh oleh SGS dari Switzerland. Bagaimanapun, kaca Kunlun hanya terdapat dalam versi Kulit Vegan Oren sahaja.

Skrin yang digunakan pula jenis OLED seluas 6.74-inci yang melengkung di kedua belah sisi. Resolusinya tinggi, 2616×1220 dan ada kadar penyegaran sehingga 120Hz.

Takuk besar juga terdapat di dahi skrin, satu rekaan yang kelihatan kuno untuk standard hari ini. Di samping itu, telefon ini juga kalis air dan debu IP68, membenarkan ia masuk ke dalam air bersih sedalam 6 meter sehingga 30 minit lama.

Prestasi tinggi tanpa 5G

Sama seperti sebelumnya, sekatan yang masih dikenakan Amerika Syarikat terhadap Huawei mengakibatkan ia tidak mendapat bekalan modem 5G. Mate 50 Pro dilengkapi pemproses terbaik masakini, Snapdragon 8+ Gen 1 tetapi tiada 5G, hanya ada 4G.

RAM pula seluas 8GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Ia turut menerima kad memori NM khas keluaran Huawei, untuk storan tambahan sehingga 256GB.

Huawei memasang bateri berkapasiti 4,700mAh di dalam Mate 50 Pro dan ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W USB-C. Selain itu, peranti ini juga serasi pengecasan wayarles Huawei SuperCharge 50W.

Masih Android tanpa Google?

Mate 50 Pro akan menjadi telefon pertama Huawei menjalankan sistem operasi terbaru EMUI 13. Tidak pula dinyatakan ia dibina berasaskan versi Android yang mana. Tetapi yang pasti, Huawei masih belum dibenarkan mengguna sebarang perkhidmatan dan aplikasi Google.

Bagaimanapun, Huawei dengan bangganya menyatakan gedung aplikasi mereka, Huawei AppGallery sebagai ketiga terbesar di dunia. Ia lengkap dengan pelbagai aplikasi yang sering digunakan di Malaysia, termasuk perkhidmatan kewangan dan perbankan.

Harga Huawei Mate 50 Pro di Eropah telah diumumkan, iaitu:

  • Huawei Mate 50 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – EUR1,299 (~RM5,904)
  • Huawei Mate 50 Pro (RAM 8GB + Storan 2512GB) – EUR1,399 (~RM6,359)

Harga di Malaysia kelak pasti lebih murah daripada ini, tetapi dijangka melebihi RM4,000. Untuk perbandingan, Huawei Mate 40 5G dilancar di Malaysia akhir tahun lepas, pada harga RM4,299.

Adakah Mate 50 Pro masih mampu menarik minat pembeli walaupun tiada Google dan 5G? Nantikan maklumat lanjut daripada kami tentang tarikh pelancarannya di Malaysia.

Bacaan Berkaitan

  • Keluarga Huawei Mate 40: Semua yang anda perlu tahu tentangnya
  • Huawei Mate 40 RS rekaan Porsche boleh membaca suhu badan manusia
  • Telefon terbaik Huawei, Mate 40 Pro akan mula dijual di Malaysia pada 12.12
Tags: HuaweiHuawei Mate 50Huawei Mate 50 ProMate 50Mate 50 ProXMAGE
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Peminat dijemput uji Huawei Mate 50 Pro dengan kamera XMAGE 10-tahap apertur

Peminat dijemput uji Huawei Mate 50 Pro dengan kamera XMAGE 10-tahap apertur

12 October 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER