Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Keluarga Huawei Mate 40: Semua yang anda perlu tahu tentangnya

Sekatan Amerika Syarikat tidak mengahalang Huawei untuk terus berinovasi menghasilkan telefon pintar premium berkuasa tinggi. Seperti sebelumnya, Huawei melancarkan siri Mate terbaru pada suku ketiga tahunan, hari ini membawakan siri Mate 40.

Terdapat tiga model yang diperkenalkan di dalam siri ini iaitu Mate 40, Mate 40 Pro dan Mate 40 Pro+. Mate 40 adalah model terendah di dalam keluarganya dengan banyak perbezaan, tetapi Mate 40 Pro dan Mate 40 Pro+ hanya ada sedikit perbezaan, di bahagian kamera. Ia sama seperti apa yang diperkenalkan di keluarga Huawei P40 awal tahun ini.

Kesemua model Huawei Mate 40 dilengkapi pemproses keluaran Huawei, Kirin 9000 yang dibangunkan dari proses 5nm. Menurut Huawei, ia adalah pemproses yang datang bersama 5G terbina di dalam, paling berkuasa masakini.

Di dalam cip Kirin 9000, ia memiliki 8 teras CPU iaitu 1x Cortex-A77 3.13GHz, 3x Cortex-A77 2.54Ghz dan 4 Cortex-A55 2.05GHz. Pemproses NPU pula dipasang dengan 2 teras-Big dan satu teras-Tiny. Bagi grafik, ia menggunakan 24-teras GPU Mali-G78.

Huawei turut menghasilkan cip Kirin 9000E, khas untuk Mate 40 sahaja. Perbezaannya dengan cip Kirin 9000 adalah pada pemproses NPU dengan hanya 1 teras-Big dan 1 teras-Tiny, serta hanya 22 teras GPU Mali-G78. Pendek kata, kurang sikit kuasanya dari Kirin 9000.

Selain itu, semua model Mate 40 dilengkapi RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Huawei juga menggunakan sistem operasi EMUI 11 berasaskan Android 10 di peranti ini, dengan ketiadaan perkhidmatan dan aplikasi Google.

Mate 40

Model paling rendah ini serba serbi kecil dan kurang dari versi Pro. Ia menggunakan pemproses Kirn 9000E yang dikurangkan teras, bersama RAM 8GB dan storan 256GB.

BACA  Huawei dilapor akan jual subjenama Honor pada nilaian hampir RM62 billion

Skrinnya paling kecil, berukuran 6.5-inci HD Penuh dari jenis OLED yang melengkung di sisi, bersama kadar penyegaran 90Hz. Ia memiliki lubang kecil di atas sebagai lokasi kamera hadapan, iaitu kamera Ultra Vision 13MP F2.4. Kamera ini menyokong Air Gesture atau arah gerakan tangan di udara.

Huawei meneruskan kerjasama dengan Leica untuk membangunkan kamera di keluarga Mate. Untuk Mate 40,ia ada 3 kamera belakang iaitu kamera utama Super Sensing Wide 50MP F1.9, kamera ultra lebar 16MP F2.2 dengan teknologi anti-herotan, serta kamera telefoto 8MP F2.4 bersama OIS. Semua ini bersama LED Flash, dimuatkan di dalam bulatan dipanggil, Space Ring.

Untuk tenaga pula, ia dipasang bateri berkapasiti 4,200mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W, melalui USB-C. Telefon ini tiada pengecasan wayarles tetapi ada jek audio 3.5mm. Speaker stereo turut terdapat pada Mate 40.

Terdapat limga pilihan warna disediakan untuk Mate 40 Pro iaitu Mystic Silver, Putih, Hitam, Vegan Hijau dan Vegan Kuning. Warna Vegan menggunakan kemasan yang diperbuat dari tumbuhan, pertama kali diperkenal di siri Mate 30.

Mate 40 Pro

Flagship sebenar keluarga ini bermula dari Mate 40 Pro. Ia dikuasakan cip Kirin 9000 bersama RAM 8GB dan storan 256GB.

Skrinnya berukuran 6.76-inci dari jenis OLED 90hz, beresolusi sedikit lebih dari HD Penuh iaitu 2772×1344 piksel. Lubang kamera hadapannya lebih besar kerana ia memuatkan dua kamera.

Kamera hadapan ini ialah kamera utama Ultra Vision 13MP F2.4 dan kamera 3D Depth Sensing. Kamera 3D ini boleh digunakan sebagai pengecaman wajah untuk pembayaran Huawei Pay, sama seperti Apple Face ID.

Kamera belakang Mate 40 Pro juga lebih hebat. Ia menggunakan kamera utama Super Sensing Wide 50MP F1.9, kamera ultra lebar 20MP F1.8 dengan teknologi anti-herotan, serta kamera telefoto 12MP F2.4 dan kamera Superzoom 8MP F4.4. Ia juga ada kamera 3D Depth Sensing di belakang.

BACA  Huawei MateStation B515, desktop yang diperkasa Kunpeng 920

Bateri di dalamnya berkapasiti 4,400mAh dan menyokong pengecasan lebih pantas 66W, bersama pengeacasan wayarles 50W. Telefon ini tiada jek audio 3.5mm tetapi memiliki speaker stereo dan kalis air IP68.

Warna yang disediakan untuk Mate 40 Pro sama seperti Mate 40 iaitu Mystic Silver, Putih, Hitam, Vegan Hijau dan Vegan Kuning.

Mate 40 Pro+

Sementara versi Pro+ ini serba-serbi sama dengan Pro, ia diberikan RAM lebih besar sebanyak 12GB tetapi storan kekal 256GB. Skrin, bateri serta sokongan pengecasan pantas dan wayarles juga sama dengan Mate 40 Pro.

Kamera hadapan juga serupa, tetapi berbeza sedikit di belakang. Ia dilengkapi kamera utama Super Sensing Wide 50MP F1.9, kamera ultra lebar 20MP F1.8 dengan teknologi anti-herotan, kamera telefoto 12MP F2.4 dengan 3x zum optikal dan kamera SuperZoom 8MP F4.4 dengan 10x zum optikal. Ia juga memiliki kamera 3D Depth Sensing di belakang.

Hanya ada dua warna pilihan untuk Mate 40 Pro+, putih seramik dan hitam seramik.

Harga

Huawei menerangkan, tarikh jualan siri Mate 40 bergantung kepada pasaran. Ada khabar angin menyatakan, hanya model Mate 40 Pro akan dijual di luar China. Perkara ini dikatakan berkait rapat dengan stok Kirin 9000 yang terhad, akibat sekatan Amerika Syarikat.

Tetapi Huawei tetap menyediakan harga jualan siri Mate 40 di Eropah, seperti berikut:

  • Huawei Mate 40 (RAM 8GB + Storan 128GB) – EUR 899 (RM4,403)
  • Huawei Mate 40 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – EUR 1,199 (RM5,872)
  • Huawei Mate 40 Pro+ (RAM 12GB + Storan 256GB) – EUR 1,399 (RM6,852)

Walaupun harga Eropah ini sangat mahal, dijangka harga jualan di Malaysia adalah jauh lebih murah. Huawei masih belum memberitahu bilakan siri Mate 40 akan dijual di Malaysia, tetapi tempahan awalnya pasti akan diumumkan tidak lama lagi.