• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kadar tol di enam lebuhraya sekitar Lembah Klang akan turun mulai 20 Oktober

  • OLEH Najib
  • 11:48 am
  • 13/10/2022
  • Komen
PKPB: Orang ramai boleh bergerak lebih dari 10km di dalam negeri yang sama
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengumumkan bahawa kadar bayaran tol untuk enam lebuhraya di Lembah Klang, akan dikurangkan tidak lama lagi. Perkara ini telah dipersetujui kerajaan untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Walaupun Parlimen telah dibubarkan, Ismail menjelaskan bahawa perkara ini telah diputuskan oleh jemaah kabinet menteri, pada 18 Mei dan 1 Jun yang lalu. Ia bukanlah keputusan yang baru dibuat.



Terdapat dua fasa pengurangan kadar tol. Pertama akan dibuat untuk empat lebuhraya pada 20 Oktober 2022 iaitu:

  1. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  2. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  3. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  4. Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK)

Fasa kedua pengurangan kadar tol akan dikenakan kepada dua lebuhraya mulai 1 Januari 2023 iaitu:



  1. Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS)
  2. Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)

Bagaimanapun, kadar pengurangan tol kesemua lebuhraya ini masih belum ditetapkan. Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan, kadar baru tol dan isu lanjutan tempoh konsesi sedang dimuktamadkan. Ia akan dimaklumkan di kemudian hari.

Ismail menambah, penstrukturan baru ini membantu kerajaan menjimatkan kira-kira RM8.8 bilion dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi. Selain itu, pengguna jalan raya akan dapat menikmati kadar tol yang lebih rendah bagi mengurangkan kos sara hidup.

Untuk pengetahuan semua, lebuhraya AKLEH, GCE, LKSA dan SILK diuruskan oleh pemegang konsesi Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS), yang turut menguruskan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang baru dibuka hari ini. PROLINTAS dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dua lagi lebuhraya iaitu LEKAS dan Besraya, konsesinya dipegang oleh IJM Corporation Berhad.

Dalam acara yang sama, Ismail turut mengumumkan pembukaan lebuhraya DASH, yang boleh digunakan bermula tengah malam 14 Oktober 2022. Pengguna lebuhraya DASH boleh menikmati kadar tol percuma, sehingga 30 November 2022.

[Sumber: Malaysiakini]

Tags: aklehBesrayaGCEIsmail SabriKKRLebuhrayaLEKASLKSASILKTOL
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
PKPB: Orang ramai boleh bergerak lebih dari 10km di dalam negeri yang sama

Kadar tol di enam lebuhraya sekitar Lembah Klang akan turun mulai 20 Oktober

13 October 2022
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER