• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Macam mana YouTuber Israel ini boleh masuk Malaysia?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:20 pm
  • 20/10/2022
  • Komen
Macam mana YouTuber Israel ini boleh masuk Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini ada pengguna kongsikan di media sosial satu rakaman memaparkan rakyat Israel, yang juga merupakan YouTuber dikenali sebagai Nas Daily berjalan-jalan di sekitar Melaka. Malah, ada juga individu yang sempat tangkap layar IG Story Nas Daily yang menunjukkan dia sememangnya berada di sini.

Perkara ini tentunya menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia tentang bagaimana pemengaruh bernama Nuseir Yassin ini dibenarkan masuk ke Negara ini? Sebab, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Jadi, sudah tentu pemegang pasport Israel tidak dibenarkan masuk.



@kak.ton.la Met @nasdaily__ ♬ bunyi asal – Shayanzent

Bagi anda yang tertanya-tanya, sebenarnya Nuseir mempunyai dua kerakyatan dan dia memasuki negara ini menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis, sebuah negara dalam kepulauan Caribbean. Hal ini dijelaskan oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. Menurutnya, Nuseir tidak bersalah dari segi akta imigresen negara ini kerana memiliki pasport yang tulen dan dikeluarkan negara yang diiktiraf Malaysia.

Dia juga tidak melakukan kesalahan sama ada dalam sistem imigresen ataupun Interpol, sebab itulah kelulusan mengikut pas pelancong diberikan padanya. Nuseir telah berada di Malaysia selama 12 jam dan telah keluar pada hari yang sama iaitu 16 Oktober.



Kenapa ramai di Malaysia memarahi Nas Daily?

Nas Daily pernah hasilkan 3 video berkaitan Malaysia yang mengundang kemarahan ramai. Umum mengetahui bahawa warga Israel tidak boleh memasuki Malaysia. Oleh kerana Nas juga terkesan dengan hal ini maka dia pernah hasilkan video mengenai Malaysia bertajuk Forbidden Land’ (tanah larangan). Kemudian, dia juga ada terbitkan video mengenai pelarian Syria, iaitu Hassan yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) selama 6 bulan. Manakala dalam satu video lain pula dia ada memburukkan Malaysia dengan menunjukkan kenderaan dari Malaysia tidak parkir dengan betul iaitu secara undur seperti kereta lain di Singapura.

Ini bukanlah pertama kali Nas memburukkan Negara lain, sebab sebelum ini dia pernah mengunjungi Filipina dan ada kontroversi timbul apabila dia didakwa menipu dengan mempromosikan satu kelas tatu yang bakal di ajar oleh seorang pembuat tatu paling dihormati di Filipina. Tapi, cucu kepada pembuat tatu tampil jelaskan bahawa kelas yang dikelolakan oleh vlogger Nas Daily adalah satu penipuan.

Malah, dia juga pernah ke Filipina untuk buat satu liputan mengenai The Cacao Project yang dibangunkan oleh Louise. Dikatakan Nas telah ejek dan tiru loghat bahasa tempatan, seterusnya mengkritik petani di Filipina sebagai miskin sepanjang dia di sana. Jadi, sudah pasti ramai rakyat Filipina marah dengan individu ini.

[Sumber: HMetro, MalayMail]

[Sumber gambar: AlHijrah News]

Tags: Nas DailyPasportYouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Macam mana YouTuber Israel ini boleh masuk Malaysia?

Macam mana YouTuber Israel ini boleh masuk Malaysia?

20 October 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER