• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Keselamatan

Kereta rosak masuk air akibat banjir? Ikut 9 tips ini untuk cegah & merawat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:35 pm
  • 29/10/2022
  • Komen
Kereta rosak masuk air akibat banjir? Ikut 9 tips ini untuk cegah & merawat

Share on FacebookShare on Twitter

Dalam musim banjir ini, salah satu perkara yang membimbangkan orang ramai ialah keadaan kenderaan masing-masing. Pasti ramai yang risau jika kereta kesayangan mengalami kerosakan yang teruk, sehingga menelan kos yang besar untuk membaikinya.

Mungkin anda ada dengar tips dari orang ramai tentang perkara yang perlu dilakukan untuk elak kerosakan kereta ketika banjir. Tapi, untuk pastikan petua itu bukanlah mitos, ini merupakan tips dari Kementerian Kerja Raya yang boleh anda lakukan untuk jaga kereta anda dalam musim ini. Ada perkara yang perlu dilakukan dan ada juga yang perlu dielak.



Langkah jaga kereta dari terkena banjir

1. Parkir kenderaan di kawasan selamat

Jika anda dapati ada tanda-tanda kawasan kediaman anda bakal dinaiki air, maka alihkan kenderaan anda ke kawasan tinggi dan selamat. Elak daripada meredah air banjir.

2. Tutup ekzos

Jika kawasan kediaman anda tiada lokasi yang tinggi, maka sebagai langkah keselamatan tutup lubang ekzos dengan sesuatu yang padat seperti bola atau buah oren dan balutnya juga dengan plastik kalis air untuk elak air serta lumpur memasukinya. Ingat, jika air masuk ke dalam ekzos, ia akan disedut ke dalam enjin sekaligus merosakkan enjin kereta anda.



3. Cabut terminal bateri

Tanggalkan terminal bateri dan keluarkannya dari kereta agar tidak berlaku litar pintas. Sekiranya tidak sempat lakukan langkah ini, minta bantuan daripada mekanik setelah banjir surut untuk melihat sama ada bateri benar-benar berfungsi secara optimum.

Sumber

4. Dapatkan plastik balut kereta

Selain itu, pertimbangkan juga untuk dapatkan plastik pembalut kereta seperti yang digunakan oleh individu di dalam video di bawah. Seperti hasil yang dikongsikan, didapati air tidak membasahi keretanya dan ia juga dapat bergerak dengan baik. Jika kawasan rumah anda sering dinaiki air, maka sangat sesuai untuk anda dapatkannya. Ada banyak penjual menyediakan plastik ini di Shopee dan Lazada, anda boleh lihat pada reviunya sebelum membeli.

@magoshahril_sams Balut Hadiah / Gifts Wrapping ❎ Balut Kereta / Car Wrapping ✅ #flood2021 #banjir2021 #banjir #airbah #ayaqbah #hujan #flooding #viral2021 ♬ Janji Manis – Masdo

5. Pastikan insuran anda melindungi banjir

Semasa perbaharui insurans kereta, anda mungkin akan ditawarkan beberapa perkara tambahan yang boleh disertakan dalam polisi sebelum bayar. Salah satunya ialah special perils. Perkara ini penting untuk anda dapatkan bagi melindungi pembiayaan kereta anda yang rosak akibat banjir. Sebab kos untuk baiki kereta yang rosak akibat banjir adalah tinggi terutamanya apabila ia melibatkan bahagian mekanikal enjin.

Banyak penyedia insurans menyediakan perlindungan special perils dengan bayaran tertentu. Contohnya Allianz, AXA dan AIG. Anda boleh lihat dilaman web penyedia insuran masing-masing untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Kereta di dalam banjir, ini perkara perlu dilakukan

1. Gear rendah & pandu perlahan

Sekiranya anda perlu lalui jalan yang sudah dinaiki air, pastikan anda pandu kenderaan dengan perlahan untuk elakkan dari air memasuki kereta. Pandu laju boleh mengakibatkan tayar hilang cengkaman. Selain itu, gunakan juga gear rendah. Ini merupakan cara untuk mengelakkan kerosakan, terutamanya ketika air mula memasuki ruang enjin atau ekzos.

Tapi, anda digalakkan untuk berhenti atau berpatah balik jika terdapat banjir di hadapan. Kita tidak pasti apa yang ada di bawah permukaan air, mungkin ada lubang, longkang atau sebarang halangan lain yang bakal membahayakan anda.

2. Jangan hidupkan enjin jika dalam air tinggi

Jangan sesekali hidupkan enjin sekiranya kereta anda berada di dalam air banjir atau di kawasan yang baru sahaja banjirnya surut. Hal ini kerana, ada kemungkinan air sudah mula memasuki ruang enjin dan lintar pintas berpotensi berlaku. Komponen elektrik juga mempunyai risiko kerosakan.

3. Periksa enjin/ Gearbox

Periksa batang celup (dipstick) minyak hitam kenderaan. Jika melebihi paras sepatutnya, itu bermaksud enjin sudah dimasuki air. Solusinya, hubungi servis insurans yang anda gunakan untuk dapatkan perkhidmatan tunda kenderaan. Minta mereka bawa kereta anda ke kedai berdekatan untuk lakukan pembaikan. Dalam masa yang sama, anda turut disarankan untuk keluarkan petrol yang telah bercampur dengan air untuk mengelakkan kerosakan lebih serius pada enjin.

Sumber

4. Cabut & keringkan komponen kenderaan

Komponen dalam kereta yang boleh ditanggalkan seperti radio perlu dikeringkan dahulu sebelum menggunakannya kembali. Akhir sekali, bersihkan kusyen kenderaan yang sudah berlumpur untuk elaknya berbau hapak. Guna semburan air deras terutamanya di bahagian enjin dan brek. Jika anda tinggal di rumah pangsapuri dan tidak boleh bersihkan semua ini sendiri, gunakan perkhidmatan mereka yang pakar mencuci kusyen. Mereka biasanya akan membuka kerusi dan cuci seluruh ruang dalam kereta dengan teliti.

Sumber

Adakalanya kita tak sempat mengalihkan kenderaan sebelum air banjir naik. Oleh itu, dengan lakukan langkah di atas, anda sekurang-kurangnya dapat mengelak risiko kerosakan yang sangat teruk pada kereta. Ini juga dapat bantu anda daripada mengeluarkan belanja yang sangat besar.

[Sumber: KKR Malaysia]

[Sumber gambar: Majoriti]

Tags: banjirkereta
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Kereta rosak masuk air akibat banjir? Ikut 9 tips ini untuk cegah & merawat

Kereta rosak masuk air akibat banjir? Ikut 9 tips ini untuk cegah & merawat

29 October 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER