• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Suka tonton YouTube? Ciri baru ini pasti akan mudahkan anda kawal video yang ingin dilihat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:54 pm
  • 25/10/2022
  • Komen
Suka tonton YouTube? Ciri baru ini pasti akan mudahkan anda kawal video yang ingin dilihat
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube umumkan beberapa perubahan reka bentuk baru di platform itu berserta ciri baru yang akan dilancarkan. Semua ini dilihat akan memudahkan anda kawal perkara yang ingin anda lihat. Ia termasuklah kemampuan untuk zum dan ciri pratonton yang membolehkan anda cari bahagian video yang diperlukan dengan senang.

1. Tonton YouTube dalam mod ambien

Untuk pengguna yang suka tonton video dalam tema gelap, mod ambien akan tersedia di web dan aplikasi YouTube untuk anda. Melalui mod ini, warna latar belakang pada YouTube akan dipadankan dengan video yang sedang ditonton. Jadi, latar belakang skrin akan hasilkan warna lembut kesan daripada warna video.



Saya suka tonton skrin dengan tema gelap, sebab ia tidak menyakitkan mata lebih-lebih lagi apabila saya melihat skrin di dalam bilik gelap. Tapi saya tak pasti jika ciri ini dapat kekalkan kesan yang sama sebab berdasarkan contoh di bawah, dapat dilihat seolah-olah cahaya dari video keluar dengan terang dan banyak. Anda boleh gunakan sendiri ciri ini bila ia tersedia untuk ketahui kesannya pada mata anda.

Dalam masa yang sama, playlist juga mengenakan ciri warna yang sama sambil menunjukkan lebih banyak butiran tentang setiap senarai video yang ada di dalamnya. Ini supaya penonton boleh main dan tukar video yang diinginkan dengan mudah.



2. Boleh zum video dengan mudah

Ciri pinch-to-zoom pada YouTube membolehkan anda zum masuk pada video dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan pada gambar. YouTube telah uji ciri ini kepada pelanggan YouTube Premium pada bulan Ogos lalu dan kini ia dilancarkan pada aplikasinya di iOS dan Android.

Dengan kemaskini ini, kalau ada babak yang anda nak lihat dengan lebih dekat dalam video, seperti pemain bola sepak menjaringkan gol, bolehlah anda zum dengan mudah pada video itu.

3. Dapat pilih babak yang ingin ditonton dengan tepat

Di samping itu, anda juga boleh pergi ke babak yang anda mahu dengan tepat di dalam video melalui barisan bingkai kecil yang disediakan pada bahagian bawah video. Sama ada menggunakan desktop atau telefon, anda hanya perlu leret skrin ke atas untuk cari bahagian tertentu yang ingin ditonton.

Dengannya, pasti anda akan lebih mudah cari dan tonton bahagian tertentu, lebih-lebih lagi dengan fungsi rewind (putar balik) dan fast-forward (pantas ke hadapan) yang ada. Contohnya jika anda sedang ikuti tutorial lukisan dan terlepas langkah yang dilakukan, anda boleh rewind video kemudian pilih semula babak yang anda terlepas itu dengan tepat.

Bukan itu sahaja, dari segi rekaan pula, Youtube akan tukarkan pautan YouTube dalam description kepada butang. Kemudian, butang seperti suka, kongsi dan muat turun bakal diformat semula untuk meminimumkan gangguan. Butang Subscribe juga akan dapat bentuk baharu dengan kontras yang tinggi. Ini akan menjadikannya menyerlah, mudah dicari dan lebih mudah diakses oleh semua orang.

Jadi, mana satu ciri yang paling anda suka? Saya suka dengan ciri zum sebab kebiasaannya, saya perlu tangkap layar babak di dalam video untuk zum perkara yang saya mahu lihat. Ini tentunya merupakan satu langkah yang rumit. Tapi dengan ciri ini tentunya kerja saya akan jadi lagi senang.

[Sumber: TheVerge, Youtube]

Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Suka tonton YouTube? Ciri baru ini pasti akan mudahkan anda kawal video yang ingin dilihat

Suka tonton YouTube? Ciri baru ini pasti akan mudahkan anda kawal video yang ingin dilihat

25 October 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER