• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi A2 sah tiba di Malaysia minggu ini

  • OLEH Najib
  • 11:21 am
  • 31/07/2018
  • Komen
Mi A2 sah tiba di Malaysia minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diramal sebelum ini, Xiaomi telah mengesahkan ketibaan Mi A2 dan Mi A2 Lite di Malaysia. Ia datang seminggu selepas pelancaran antarabangsa di Sepanyol.

Mi A2 dan Mi A2 Lite adalah peranti Android One generasi kedua dari Xiaomi. Melalui program Android One, peranti ini dijamin akan menerima kemaskini sistem operasi yang pantas selama dua tahun.



Hanya Mi A2 yang mula dijual di Malaysia minggu ini. Xiaomi akan mengadakan acara bersama peminat di Mi Store KLCC pada hari Jumaat ini, 3 Ogos 2018 pukul 2 petang.

Di sana, pelbagai acara disediakan untuk menyambut ketibaan Mi A2. 200 pembeli pertama Mi A2 pada hari itu akan menerima Mask SK-II dan Mi Selfie Stick bernilai RM250 secara percuma.



Dua versi Mi A2 akan dijual iaitu:

  • Mi A2 4GB RAM + 64GB Storan – RM999
  • Mi A2 6GB RAM + 128GB Storan – RM1,199

Terdapat tiga warna Mi A2 yang boleh dipilih iaitu Hitam, Emas dan Biru. Mi A2 akan terdapat di Mi Stor seluruh negara dan Stor Rasmi Xiaomi di Lazada bermula hari Sabtu, 4 Ogos 2018.

Mi A2 Lite pula akan berada di pasaran Malaysia bermula 18 Ogos 2018. Hanya satu versi yang ditawarkan iaitu 3GB RAM dan 32GB storan pada harga hanya RM699.

Sama seperti Mi A2, terdapat tiga warna untuk Mi A2 Lite iaitu Hitam, Emas dan Biru.

Tags: mi a2Mi A2 LiteMi A2 Lite MalaysiaMi A2 MalaysiaMi Malaysiaxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Mi A2 sah tiba di Malaysia minggu ini

Mi A2 sah tiba di Malaysia minggu ini

31 July 2018
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER