• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony lancar A7R5 dengan sistem fokus berasaskan AI, 60% lebih baik berbanding A7R4

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:54 am
  • 27/10/2022
  • Komen
Sony lancar A7R5 dengan sistem fokus berasaskan AI, 60% lebih baik berbanding A7R4
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah mengumumkan kemas kini kamera siri Alpha 7 mereka. Kamera yang dilancarkan mereka adalah Sony Alpha 7R V (A7R5). Generasi ke-5 A7R ini masih mengguna pakai sensor full-frame BSI 61MP yang sama tapi yang memproses data daripada imej itu telah ditukar kepada yang lebih berkuasa.

A7R5 mempunyai pemproses imej BIONZ XR beserta AI Processing Unit. Menurut pengeluarnya, bahagian yang nyata ditambah baik berbanding generasi terdahulu adalah pada jabatan autofokus. Misalnya, untuk subjek manusia, kamera ini dikatakan dilengkapi algoritma untuk menganggar gaya posing badan, pertama seumpamanya dalam kamera menurut Sony.



Melangkaui subjek manusia, sistem autofokus A7R5 juga boleh menjejak haiwan dalam kategori anjing, kucing, burung, dan serangga. Selain itu, kategori kereta, kereta api, dan kapal terbang juga ada disediakan. Semuanya dimungkinkan dengan kehadiran 693 titik fokus yang meliputi 79% permukaan sensor.

Siri R secara tradisinya ditujukan kepada jurugambar foto pegun yang memerlukan seberapa banyak megapiksel yang mungkin. Tangkapan selanjar sepantas 10 bingkai bila menggunakan pengatup mekanikal mampu ditanggungnya dengan luas memori sebanyak 583 RAW ataupun lebih 1,000 bila merakam dalam format JPG.



Keupayaan video A7RV tidak boleh dipandang enteng. Ia kini merakam video sehingga 8K@25fps dan merakam dalam format sehingga 10-bit 4:2:0.

Daripada segi fizikaliti, A7RV berkongsi banyak persamaan dengan A7RIV dengan beberapa naik taraf. Perubahan yang boleh anda cerap adalah skrin boleh kilasnya kini boleh dikilas keluar ke sisi. Panel paparan skrin ini adalah sebesar 3.2” dengan resolusi 2.095MP. Lagi tentang paparan, EVF kamera ini telah ditambah baik. Resolusinya naik kepada 9.44MP dengan kadar segar semula 120fps.

Sony A7RV dimaklumkan akan mula dijual dalam pasaran terpilih mulai Disember 2022 pada harga bermula USD3,900 (RM18,382). Sebagai perbandingan, Sony A7RIV di Malaysia dipasarkan pada RM11,499.

Sumber: Sony

Tags: Sonysony a7r5sony a7rvsony alpha 7sony alpha 7r v
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Sony lancar A7R5 dengan sistem fokus berasaskan AI, 60% lebih baik berbanding A7R4

Sony lancar A7R5 dengan sistem fokus berasaskan AI, 60% lebih baik berbanding A7R4

27 October 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER