• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia masih belum melarang powerbank di dalam pesawat

  • OLEH Najib
  • 1:26 pm
  • 01/08/2018
  • Komen
AirAsia masih belum melarang powerbank di dalam pesawat
Share on FacebookShare on Twitter

Heboh juga baru-baru ini tentang satu notis yang dikeluarkan oleh AirAsia berkenaan larangan powerbank di dalam pesawat mereka. Buat masa ini, peraturan sedia ada yang digunapakai kebanyakan syarikat penerbangan lain termasuk AirAsia adalah seperti tidak boleh check-in powerbank di dalam bagasi, kapasiti tidak lebih 20,000mAh atau 100wh serta maksima 2 unit powerbank setiap orang.

Dalam notis yang kami temui pertama kali dari laman web PlacesandFoods.com, ia mengatakan penumpang AirAsia perlu mengambil langkah tambahan berkenaan powerbank mereka iaitu menyimpannya di dalam kotak asal, menutup semua terminal yang terbuka dan menyimpannya di dalam beg plastik lutsinar berasingan.



Pendek kata, tak boleh guna langsung powerbank semasa di dalam pesawat. Di bawah ini adalah notis yang dikeluarkan AirAsia pada 30 Julai dan dikatakan berkuatkuasa serta merta pada hari tersebut.

Untuk memastikan notis tersebut adalah benar dan asli, kami telah berhubung dengan AirAsia dan meminta penjelasan mereka. Balasan pertama mereka adalah, polisi di dalam notis di atas telah ditarik semula.



Bermakna, powerbank masih boleh digunakan di dalam pesawat dan digunakan untuk mengecas peranti seperti telefon pintar dan tablet. Tetapi peraturan biasa masih terpakai iaitu powerbank tidak boleh disimpan di dalam bagasi check-in, terhad kepada dua unit dan tidak melebihi 20,000mAh atau 100wh.

Tidak pula dinyatakan samada AirAsia akan melaksanakan semula peraturan ini di masa akan datang. Nampak susah jika ia akan dikuatkuasakan tetapi ini demi keselamatan semua penumpang di dalam pesawat.

Tetapi ia bukan sukar dilaksanakan, cuma kelonggaran untuk membawa powerbank harus diberikan kerana ia telah menjadi satu keperluan sekarang.

Di dalam pesawat, ia boleh dilarang sepenuhnya di mana penumpang tidak boleh menggunakan powerbank langsung. Tetapi alternatif harus diberikan seperti menyediakan port USB pada setiap kerusi bersama kabel pengecas, sama seperti memberikan fon kepala kepada penumpang untuk menikmati hiburan dalam penerbangan. Bagi AirAsia, mereka boleh caj penumpang untuk kemudahan tambahan ini.

Penumpang pula perlu bersedia dengan peranti mereka dicas sepenuhnya sebelum menaiki pesawat.

Pengguna juga harus sentiasa peka dan berjaga-jaga. Beli powerbank dari pengeluar yang dipercayai, kerana powerbank mereka dilengkapi lapisan keselamatan terbina di dalam bagi memastikan powerbank tidak terlebih cas sehingga panas dan melebihi kapasiti, sehingga boleh membawa kecederaan. Selain itu, pastikan ia diiktiraf oleh SIRIM.

Adakah anda merasakan sekatan terhadap powerbank di dalam pesawat adalah perlu? Kongsikan pendapat anda kepada kami.

[Sumber: PlacesandFoods]

Tags: AirAsiapowerbank
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
AirAsia masih belum melarang powerbank di dalam pesawat

AirAsia masih belum melarang powerbank di dalam pesawat

1 August 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER