• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Elon Musk kini pemilik Twitter, cuba teka apa tindakan pertamanya sejurus mengambil alih

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:30 pm
  • 28/10/2022
  • Komen
Elon Musk kini pemilik Twitter, cuba teka apa tindakan pertamanya sejurus mengambil alih
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah beberapa kali berbolak-balik tentang pengambil alihan Twitter, Elon Musk kini rasmi mengambil alih platform media sosial Twitter dan perkara pertama yang dia lakukan selepas memiliki Twitter adalah, memecat tiga pegawai eksekutifnya termasuklah CEO Parag Agrawal.

Entering Twitter HQ – let that sink in! pic.twitter.com/D68z4K2wq7

— Elon Musk (@elonmusk) October 26, 2022

Sebelum ini, Elon menghentikan proses pengambilalihan disebabkan ingin melakukan beberapa pengesahan fakta, contohnya adakah bilangan akaun palsu di platform itu adalah kurang daripada 5% seperti yang dimaklumkan Twitter. Hal ini kerana, Twitter dikesan memberikan angka yang tidak tepat tentang pengguna aktifnya apabila setiap akaun aktif dikira sebagai seorang pengguna walaupun ada pengguna yang memiliki beberapa akaun.



the bird is freed

— Elon Musk (@elonmusk) October 28, 2022

Atas tindakan itu, beberapa pemerhati berpendapat yang Elon sengaja mencari hal dengan pihak Twitter dalam usaha untuk menurunkan harga yang perlu dibayarnya.

Dengan pengambilalihan ini, Elon Musk kini mengawal salah satu platform medsos paling berpengaruh di atas muka bumi ini. Penyingkiran beberapa eksekutif daripada Twitter juga selari dengan hajatnya sewaktu mengumumkan hasrat untuk mengambil alih.



Elon Musk pernah mengkritik cara platform Twitter mengawal selia kandungan yang diutuskan pengguna kerana menurutnya, ia merencatkan nilai kebebasan bersuara. Dia memberikan contoh akaun Donald Trump yang diharamkan daripada platform itu.

Tags: Twitter
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Elon Musk kini pemilik Twitter, cuba teka apa tindakan pertamanya sejurus mengambil alih

Elon Musk kini pemilik Twitter, cuba teka apa tindakan pertamanya sejurus mengambil alih

28 October 2022

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER