• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter ada cara lebih cepat dari Google untuk dapat maklumat sahih bencana alam di Malaysia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:30 pm
  • 31/10/2022
  • Komen
Twitter ada cara lebih cepat dari Google untuk dapat maklumat sahih bencana alam di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak maklumat orang ramai kongsikan di media sosial mengenai bencana alam seperti banjir. Namun, ada juga yang kongsikan maklumat tidak tepat lalu merisaukan pembaca. Namun di Twitter, anda tak perlu risau mengenai hal itu sebab anda boleh dapatkan maklumat sahih bencana pada masa nyata melalui notifikasi gesaan #ThereisHelp.

Perkara ini baru dilancarkan Twitter dan ia merupakan usaha mereka untuk bersiap sedia menghadapi kejadian bencana alam di Malaysia. Ini juga merupakan cara untuk Twitter menghubungkan orang ramai dengan sumber sokongan dipercayai sewaktu ditimpa bencana.



Twitter telah bekerjasama dengan MERCY Malaysia dan NADMA Malaysia sebagai langkah persediaan. Apabila anda cari kata kunci berkaitan bencana alam di Malaysia, hasil carian teratas akan memaparkan notifikasi dalam Bahasa Malaysia. Ini membolehkan anda klik pada maklumat yang dipercayai dan dapatkan sokongan daripada rakan kongsi Twitter. Malah, masa yang anda gunakan untuk carian juga dapat dipendekkan.

Fungsi ini kini tersedia di Twitter iOS, Android, dan web. Berikut merupakan cara untuk cari maklumat sahih berkaitan bencana alam di Twitter:



a. Melalui aplikasi

  1. Buka aplikasi Twitter
  2. Pada tab carian, lakukan carian menggunakan kata kunci berkaitan bencana alam contohnya, banjir
  3. Seterusnya notifikasi ThereisHelp akan muncul
  4. Pada notifikasi tersebut, pilih sama ada anda mahu baca kemaskini banjir dari NADMA Malaysia atau MERCY Malaysia
  5. Setelah pilih, anda akan dibawa ke halaman akaun Twitter rasmi platform tersebut dan anda boleh dapatkan maklumat mengenai bencana di sana

b. Melalui desktop

  1. Buka laman web Twitter
  2. Pada halaman utama, taip kata kunci berkaitan bencana alam di bahagian atas kanan
  3. Notifikasi ThereisHelp akan muncul, klik notifikasi itu untuk akses maklumat berkaitan carian yang anda lakukan
  4. Pilih sama ada anda mahu baca kemaskini dari NADMA Malaysia atau MERCY Malaysia
  5. Setelah pilih, anda akan dibawa ke halaman akaun Twitter rasmi platform tersebut dan anda boleh dapatkan maklumat mengenai bencana di sana

Melalui cara ini, dapatlah anda akses maklumat berkaitan bencana alam dengan cepat. Contohnya amaran ribut petir, bacaan paras air sungai dan ramalan cuaca. Jika lakukan carian di Google memakan masa anda, maka gunakanlah cara ini untuk dapatkan maklumat pantas dari sumber dipercayai.

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Twitter ada cara lebih cepat dari Google untuk dapat maklumat sahih bencana alam di Malaysia

Twitter ada cara lebih cepat dari Google untuk dapat maklumat sahih bencana alam di Malaysia

31 October 2022
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN