Pihak U.S. Space Command telah mengesahkan yang terdapat kejadian berkaitan roket Long March 5B memasuki ruang atmosfera bumi tanpa pengawasan di sekitar Lautan Pasifik pada 4 November 2022 lalu.
#USSPACECOM can confirm a second atmospheric reentry correlated with the #PRC’s Long March 5B #CZ5B as it exited the #USSPACECOM Area of Responsibility over the Northeast Pacific Ocean region at 4:06am MDT/10:06 UTC on Nov. 4. https://t.co/keJdc1tmxi
— U.S. Space Command (@US_SpaceCom) November 4, 2022
Ini bukanlah kali pertama ia berlaku. Kali terakhir dilaporkan komponen roket angkasa milik China terhempas adalah di Miri, Sarawak dan Kalimantan Barat dalam bulan Julai 2022 lalu. Kemudian, dipercayai sekurang-kurangnya 4 kejadian sama berlaku sejak 2018 lagi.
Dalam bulan April 2018 lalu, kami ada laporkan Tiangong-1, sebuah stesen angkasa yang tak lagi digunakan jatuh di sekitar Lautan Pasifik.
Masalah dengan Tiangong-1 adalah, pemiliknya sendiri tiada kawalan ke atas objek itu. Ia adalah sebuah protoaip stesen angkasa china yang beroperasi antara 2011 hingga 2018. Dalam tahun 2016, agensi angkasa negara China mengumumkan yang mereka tidak lagi menerima data telemetri daripada Tiangong-1 dan “lepas tangan”.
Kemudian, dalam bulan November 2019 roket penujah peringkat awal daripada pelancaran satelit geolokasi Beidou-3 M21 dan Beidou-3 M22 telah jatuh memusnahkan rumah penduduk dalam wilayah Xichang. Bukan sahaja kediaman musnah, bahan api yang digunakan adalah toksik iaitu gabungan hidrazin dan nitrogen tetraokside yang sangat mudah terbakar.
This is the aftermath downrange following a Chinese Long March 3B launch from Xichang early Saturday. And that yellow smoke is very toxic hypergolic propellant. Source: https://t.co/VEh5X8Ors0 pic.twitter.com/22IVIpyJOk
— Andrew Jones (@AJ_FI) November 23, 2019
Insiden hampir sama turut dilaporkan di Ivory Coast dalam bulan Mei 2020. Dikatakan yang roket penujah turut jatuh di sekurang-kurangnya 2 kampug di dalam negara itu. Unit yang jatuh tersebut didakwa seberat 18 tan daripada roket Long March-5B. Salah satu objek yang ditemukan penduduk kampung ada paip sepanjang 12 meter.
Reports of a 12-m-long object crashing into the village of Mahounou in Cote d’Ivoire. It’s directly on the CZ-5B reentry track, 2100 km downrange from the Space-Track reentry location. Possible that part of the stage could have sliced through the atmo that far (photo: Aminata24) pic.twitter.com/yMuyMFLfsv
— Jonathan McDowell (@planet4589) May 12, 2020
Di India, dalam bulan April 2022. Indian Space Research Organisation (ISRO) mendakwa serpihan daripada pelancaran Long March 3B jatuh ke dalam negara itu. Serphian yang gambarnya dikongsikan kepada media adalah gelung berdiameter antara 2 hingga 3 meter yang seberat 40 kilogram.
I believe this is the reentry of a Chinese rocket stage, the third stage of the Chang Zheng 3B serial number Y77 which was launched in Feb 2021 – it was expected to reenter in the next hour or so and the track is a good match pic.twitter.com/BetxCknAiK
— Jonathan McDowell (@planet4589) April 2, 2022
Menurut pemerhati, membiarkan objek seberat 20 tan masuki atmosfera tanpa sebarang sistem keselematan adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
So China rolled the dice again, and this time they won: their rocket stage came down over the equatorial Pacific at 1001 UTC.
— Jonathan McDowell (@planet4589) November 4, 2022
Uncontrolled reentry of 20 tonne objects is still irresponsible.