• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PRU15: Barisan Nasional mahu hapuskan AP kereta elektrik supaya EV lebih mampu dimiliki rakyat Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:47 am
  • 08/11/2022
  • Komen
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?
Share on FacebookShare on Twitter

Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi malam tadi telah membentangkan manifesto gabungan mereka untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15. Salah satu janji yang diletakkan mereka di bawah alam sekitar adalah untuk menjadikan kenderaan elektrik (EV) menjadi lebih mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia dengan cara, menghapuskan permit import (AP).

Jika AP dihapuskan seperti janji ini, ia berpeluang membuka lebih banyak ruang untuk EV yang lebih murah untuk masuk ke pasaran Malaysia, terutama dari China. Untuk pengetahuan anda, AP adalah lesen yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) yang memberi kebenaran untuk mengimport masuk beberapa produk terpilih, termasuk besi dan keluli, mesin berat, bahan kimia, beras serta kenderaan. Tetapi manifesto ini tidak menerangkan, bilakah tempoh masa untuk menghapuskan AP.



Dalam pembentangan Bajet 2023 oleh mantan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz bulan lepas, kerajaan mensasarkan untuk melanjutkan lagi pengecualian duti import dan duti eksais EV sehingga 31 Disember 2024. Untuk menggalakkan lagi pembangunan stesen pengecas EV, kerajaan juga menawarkan pengecualian cukai pendapatan 100% dalam tempoh 10 tahun, dari 2023 sehingga 2032, serta elaun cukai 100% untuk pelaburan.

Dengan insentif EV sekarang, model EV paling murah yang terdapat di Malaysia berada di sekitar RM150,000. Antaranya adalah Hyundai Kona Electric, serta model akan datang ke Malaysia seperti GWM Ora Good Cat dan BYD e6.



Selain itu, manifesto BN untuk menjamin kelestarian alam sekitar juga menjanjikan semua pengangkutan awam dan kereta rasmi kerajaan untuk mesra alam pada tahun 2030.

Tags: APBNEVPRU15Zahid Hamidi
Najib

Najib

POPULAR

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

PRU15: Barisan Nasional mahu hapuskan AP kereta elektrik supaya EV lebih mampu dimiliki rakyat Malaysia

8 November 2022
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN