• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: 5 perkara penting untuk elak ditipu & selamat berbelanja di dalam talian

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:12 pm
  • 09/11/2022
  • Komen
TIPS: 5 perkara penting untuk elak ditipu & selamat berbelanja di dalam talian
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak jualan promosi akhir tahun bakal temui orang ramai. Contohnya seperti jualan 11.11, 12.12, jualan Krismas dan jualan Tahun Baru. Dalam tempoh ini jugalah ramai orang akan ambil peluang berbelanja sakan sebab boleh berjimat sambil membeli barang dengan harga yang rendah.

Namun dalam masa yang sama, anda tetap harus berhati-hati semasa membeli-belah dalam talian sebab akan ada individu tak bertanggungjawab akan cuba mengambil kesempatan. Contohnya, menghantar pesanan yang salah dan penipuan Cash-On-Delivery (COD). Untuk pastikan anda dapat pengalaman membeli-belah dalam talian yang sangat baik dan selamat, Ninja Van ada berkongsi 5 perkara yang perlu dilakukan.



1. Beli dengan bijak, buat beberapa kajian & pemeriksaan

Sebelum membeli, selidik dahulu barang yang anda ingin dapatkan dan platform yang menjualnya. Ini sangat penting jika anda beli sesuatu yang sangat mahal. Lakukan perbandingan harga, baca ulasan pelanggan tentang produk dan dasar penghantaran platform untuk memastikan penjual itu sah sebelum meneruskan pembelian.

Platform yang dipercayai harus disulitkan dengan sambungan selamat di dalam talian. Untuk memastikan ianya laman web selamat untuk dilawati, anda boleh semak maklumat keselamatannya. Berikut ialah contoh cara semak keselamatan jika anda gunakan Chrome:



a. Buka laman web, kemudian lihat di sebelah kiri alamat web

b. Kenal pasti status keselamatan berdasarkan simbol berikut:

Kunci mangga = Selamat

Simbol Maklumat (i) = Tidak selamat

Tanda Amaran (!) = Tidak selamat atau Berbahaya

Jika ia tidak selamat dan bahaya, maka elak daripada berurusan di laman web itu.

2. Elak kelewatan terima pembelian

Semasa musim perayaan, anda mungkin terima bungkusan lambat. Berikut ialah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk elak kelewatan dalam menerima pembelian:

a. Pastikan ada seseorang di rumah untuk terima bungkusan ketika penghantaran dijadualkan

b. Jika tiada penerima, pastikan ada tempat yang selamat untuk penghantar tinggalkan barang anda. Sebagai alternatif, maklumkan dan kemas kini status anda secepat mungkin untuk jadualkan semula penghantaran. Ini akan bantu kurangkan masa perjalanan kurier.

c. Anda juga boleh ambil pakej anda sendiri di lokasi berhampiran.

3. Elak jadi mangsa penipuan penghantaran

Penipuan COD adalah salah satu masalah terkini yang dihadapi pihak penghantar. Ninja Van Malaysia telah temui trend yang semakin meningkat dalam penipuan ini. Taktik yang digunakan penipu ialah, mereka akan perdaya pelanggan untuk bayar secara tunai, lalu pelanggan akan terima bungkusan yang tidak seperti diharapkan. Jadi, anda perlu elak dari jadi menjadi mangsa dengan lakukan langkah berikut:

a. Selidik latar belakang platform atau penjual terutamanya yang dari luar negara

b. Hanya beli dari platform dan penjual yang bereputasi, anda boleh lihat pada ulasan pelanggan mengenainya

c. Jika boleh, pilih pembayaran tanpa tunai

d. Jika anda buat pengaturan COD dan bukan anda yang menerimanya, pastikan penerima lain tahu mengenai isi bungkusan tersebut

e. Jika bungkusan telah dibayar, pastikan anda memberitahu orang yang menerimanya

f. Tolak bungkusan jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena

g. Lindungi privasi dan elak beri maklumat peribadi

4. Hati-hati buang bekas bungkusan

Ada bungkusan mengandungi maklumat peribadi seperti nama, alamat dan nombor telefon. Ini semua adalah maklumat yang sepatutnya dijaga supaya ia tidak jatuh ke tangan yang salah. Jika beli di Shopee, mereka sudah berhenti letakkan nombor telefon penerima. Maklumat penting yang ada ialah nama, alamat dan poskod sahaja. Namun ia tetap masih bahaya.

Oleh itu, setelah anda buka bungkusan, buangkannya dengan selamat dengan cara gunakan pen untuk conteng sebarang maklumat peribadi yang boleh dilihat.

Jika anda seorang penjual, disyorkan anda guna pilihan penghantaran selamat seperti Ninja Packs. Semua pesanan dan maklumat penting disimpan di dalam talian. Maka orang lain tidak boleh akses data pelanggan untuk lakukan penipuan. Perkhidmatan penghantaran pula boleh akses maklumat yang diperlukan melalui kod QR yang tertera pada bungkusan.

5. Dapatkan pertolongan segera jika ada masalah

Apa sahaja isu yang timbul berkaitan penghantaran atau barang yang anda beli di dalam talian, hubungi penjual atau perkhidmatan penghantaran dengan segera. Contohnya anda tidak beli apa-apa di dalam talian, tapi tiba-tiba ada bungkusan tiba dan anda dipaksa untuk bayar. Maka, jangan terima bungkusan tersebut dan hubungi perkhidmatan penghantaran itu segera untuk dapatkan bantuan.

Berbelanja menerusi platform dalam talian memang seronok, lebih-lebih lagi ketika ada promosi besar-besaran. Namun anda perlu peka, sebab ketika itu jugalah ramai penipu akan cuba mengambil kesempatan. Jadi, pastikan anda amalkan tips ini dab sentiasa berwaspada dengan isu pembelian dalam talian serta masalah penghantaran yang mungkin dihadapi.

Tags: beli belah dalam talianLazadaShopee
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 5 perkara penting untuk elak ditipu & selamat berbelanja di dalam talian

TIPS: 5 perkara penting untuk elak ditipu & selamat berbelanja di dalam talian

9 November 2022
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

14 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER