• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Waze ada suara pengulas Piala Dunia FIFA? Ini cara gunakannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:31 pm
  • 10/11/2022
  • Komen
Waze ada suara pengulas Piala Dunia FIFA? Ini cara gunakannya
Share on FacebookShare on Twitter

Sering tonton perlawanan sukan bola sepak? Memandangkan acara bola sepak sedunia iaitu Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan bermula akhir bulan ini, pembangun aplikasi Waze ada menawarkan pengalaman bertemakan bola sepak sesuai untuk menceriakan perjalanan anda. Walaupun anda sedang memandu, tapi anda akan rasa aura seperti berada di padang bola berikutan audio navigasinya lantang seperti diarahkan oleh pengulas sukan tersebut.

Ciri baru ini dinamakan Drive With a Soccer Commentator. Anda mungkin akan dengar arahan seperti “Take the first exit. Then it’s onward to glory!” semasa anda menghampiri bulatan atau “Hazard reported ahead. Getting through that defense could prove tricky.” apabila hampiri bahaya yang dilaporkan oleh rakan pengguna Waze. Selain itu, saya juga ada dengar arahan seperti “And their is a kick-off, there can only be one winner when the journey is over” ketika baru mula memandu.



Semasa saya gunakan ciri ini, adakalanya saya rasa seperti sedang tonton perlawanan bola, ada juga saya rasa seperti sedang main game bola. Anda perlu cubanya, sebab audio ini akan buatkan anda akan rasa lebih semangat ketika memandu.

Cara aktifkan ciri bola sepak di Waze

Untuk aktifkannya, anda perlu ke bahagian menu My Waze, kemudian pilih Drive with a commentator. Seterusnya hidupkan tab Commentator di bawah sekali untuk gunakan audio pengulas sukan. Anda juga boleh tukar ikon kereta di skrin menjadi “Automoball” iaitu kereta berbentuk seperti bola sepak, tapi anda seorang sahaja yang boleh lihat ikon ini.



Oleh itu, untuk tunjuk semangat bola sepak anda pada orang lain, anda boleh tukar ikon melalui tab Moods. Ada 32 ikon pasukan Piala Dunia tersedia, antaranya Argentina, Australia, Mexico dan Spain. Macam contoh di atas, saya gunakan moods Germany, maka pengguna lain di Waze akan nampak ikon saya berwarna bendera Jerman.

Ada banyak bahasa yang disokong untuk ciri ini, ia termasuklah bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Portugis. Walaupun perlawanan akhir Piala Dunia FIFA dijadualkan pada 18 Disember, namun ciri ini hanya akan tersedia sehingga 29 November sahaja. Selepas itu, anda perlu kembali menggunakan navigasi suara dengan pilihan biasa seperti Boy George, Zombie, kucing dan lain-lain. Untuk tidak lepaskan peluang ini, baik anda aktifkan ciri Drive With a Soccer Commentator sekarang!

[Sumber: AndroidPolice, Waze]

Tags: waze
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Waze ada suara pengulas Piala Dunia FIFA? Ini cara gunakannya

Waze ada suara pengulas Piala Dunia FIFA? Ini cara gunakannya

10 November 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN