• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

  • OLEH Penaja
  • 11:01 am
  • 12/11/2022
  • Komen
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]

Siapa yang tak suka bergambar, lebih-lebih lagi dengan kecanggihan kamera di telefon pintar masakini. Dengan saiz yang kecil dan kualiti menghampiri kamera DSLR, ia menjadi kawan baik bukan sahaja muda-mudi, tetapi pelbagai lapisan masyarakat.

Tetapi ada satu masalah besar yang sering dihadapi ramai pengguna apabila mahu menangkap gambar dengan telefon pintar. Ia tidak boleh berdiri sendiri tanpa dipegang dengan tangan. Sebagai penyelesaian sementara, antara cara yang digunakan adalah menyandarkan telefon ke dinding atau apa barang yang boleh menjadikannya berdiri.

Tetapi kini ada jawapan untuk masalah ini, dihasilkan oleh Samsung. Menggunakan telefon pintar boleh lipat, Galaxy Z Flip4.

Sebagai telefon boleh lipat, ia datang bersama kamera FlexCam yang membolehkan ia berdiri sendiri untuk mengambil gambar. Malah, ia juga mampu menangkap gambar dalam pelbagai sudut yang diingini. Tidak kiralah sudut 45-darjah, 90-darjah, 15-darjah, mahupun 175-darjah, semuanya mampu dijayakan oleh Galaxy Z Flip 4.

Paling mudah, anda boleh menegakkannya 90-darjah dan letak di atas meja untuk mengambil swafoto. Previu gambar boleh dilihat dengan jelas di skrin AMOLED super cerah dan luas.

Atau letakkan di atas lantai dengan sudut 115-darjah, untuk gambar dari bawah dan kelihatan lebih bergaya. Tak perlu risau suasana yang malap kerana Galaxy Z Flip4 dilengkapi teknologi Nightography.

Lebih menarik lagi, anda sebenarnya boleh menggunakan kamera belakang dengan autofokus serta melihat previu gambar dengan skrin luar. Ini menambah lagi cara untuk anda mendapatkan sudut terunggul gambar yang anda perlukan.

Anda juga boleh mengambil gambar dengan pantas walaupun telefon dilipat. Dengan QuikShot, hanya tekan butang kuasa dua kali dan ia akan melancarkan kamera dengan previu gambar di skrin luar. Sentuh pada skrin untuk bertukar mod kamera dan tekan butang kuasa untuk mengambil gambar.

Pernah guna camcorder? Ia mungkin menunjukkan umur anda jika jawapan anda ya tetapi ia sebenarnya peranti yang menyeronokkan untuk merakam video. Ini juga boleh dilakukan dengan Galaxy Z Flip4.  Buka lipatan 90-darjah dan pegangnya seperti sebuah camcorder untuk mula merakam.

Apa lagi sudut pelik dan unik yang masih anda rasakan mustahil? Ia pasti boleh dilakukan dengan Galaxy Z Flip4. Saiznya yang kompak membuatkan ia mudah disimpan di dalam poket atau beg tangan. Anda juga boleh mendapatkannya dalam pelbagai warna, atau pilih gabungan warna Bespoke mengikut citarasa tersendiri.

Dah bersedia untuk memilikinya? Anda boleh ketahui lebih lanjut dengan melayari laman web Samsung Galaxy Z Flip4 di sini: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip4/buy/

Beli Galaxy Z Flip4 dan dapatkan potongan harga RM400 bersama hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,298, termasuk jam Galaxy Watch4 Bluetooth (40mm) bernilai RM799, jaminan 2 tahun serta perlindungan skrin & 3 kali Pertukaran Filem Pelindung. Promosi sah sehingga 15 nov sahaja!

Tags: penajasamsung
Penaja

Penaja

POPULAR

Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

12 November 2022
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN